Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Milk Samples

Right now Mama tengah collect samples from various milk brands for Fateh to try.
Cukup-cukup la dengan soy milk Fateh ya.
Mama nak Fateh minum cow milk pulak.
Goat milk, hmm... Too expensive my dear.. :(

Too all mommies out there,  if nak try / change milk, tak payah beli dulu.
If ada yang small packaging ok la. But not all got small package.
So the solution is ASK FOR FREE SAMPLE!
Just go to their website. Easy peasy.
But memang sikit la kan. Just enough for only one feeding.
BUT at least we can know whether our baby likes the taste or not.
Jangan jadi macam saya dulu. Beli berjenis-jenis brand susu. At last semua masuk tong sampah.
 No one told me about this free sample before. I also not sure why I'm not googling about this before.. heh! So membazir..
So you guys, do not make same mistake as mine..

Ok Fateh, mama nak balik buka puasa so let make it short.
Ini list yang dah minta sample.
Will continue tomorrow.
Until then, much love from Mama!
Mmuaah!!

  1. Enfagrow
  2. Sustagen
  3. Friso gold
  4. Pediasure
  5. Anmum

Monday, April 22, 2013

Penang Trip

Jumaat, 19 April 2013:
Bertolak pukul 10 pagi. Sampai kat hotel pukul 4 petang. Macam balik kampung dah.. Mane taknye, boleh kata setiap RnR berenti.. hehe. Takpe la sampai lambat asalkan enjoy :D
First day ni check in kat hotel kat Batu Feringgi, EQ Feringghi.

Review hotel:
Location kira agak strategik sebab memang boleh jalan kaki je ke Pasar Malam Batu Feringgi. Turun bawah terus ada gerai makanan. 
Service tak best sangat. Masa bayar deposit, senyap je takde confirmation pape pun.
 Bilik yang kitorang duduk tu hujung skali. Aircond tak berapa sejuk and bilik tu sendiri panas sangat. Bangunan and susunan bilik lak macam hostel.. Apepun ok la. Since harga dia murah, so berbaloi lah..

Petang tu around 6 pm kami pergi menghirup angin pantai. Ceewah.
Yang kelakarnye, Fateh takut dengan ombak.. hihi. Kalau kat swimming pool kemain lagi eksyen.
Sambil-sambil lepak tu sempat la pekena laksa Penang and rojak. Taste, biasa-biasa je. Tak umph! and agak mahal.
Malam tu lak kami turun makan kat gerai bawah pekena Char Koey Teow. Tak silap nama gerai tu "Mady Char Koey Teow". Taste dia ok la. Sedap.
Then kami berjalan-jalan sekitar pasar malam tu. Sempat la beli fridge magnet and mainan gendang Fateh..

Sabtu, 20 April 2013:
 Breakfast kat kedai mamak dekat hotel tu. Makanan cam biase la. Standard mamak.
Lepas tu kami gerak ke Butterfly Farm, lebih kurang 15 minit kot dari hotel.
Tiket masuk adult RM 18, Fateh free.
Kawasan dia kecik je tapi ok la untuk Fateh belajar kenal butterfly.
Ada gak ulat gonggok gergasi yang menggelikan, ada kolam ikan, itik, and serangga-serangga lain.

Review: 
Boleh datang ramai-ramai sebab agak menyeronokkan jugak.

Then dah penat berjalan and bergambar dengan rama-rama, kami balik ke hotel and berehat.
Pukul 12 kami checkout and terus ke kenduri Shepa & Man.

Lepas balik kenduri kami mencari lokasi second hotel untuk dihinggap. Dah book awal-awal Hotel 1926 Heritage. Seperti namanya, hotel ini sangat klasik.

Review Hotel:
Service ok. Cume tak puas hati sebab dua kali pergi mintak pool towel tapi tak dapat-dapat.
Harga berpatutan. Bilik banyak nyamuk tapi disediakan ubat nyamuk maka malam tu boleh tido lena.
Yang paling tak puas hati ialah lantai kayunya itu. Since bangunan lama, so lantai dia dah agak rosak. Risau sangat takut kaki Fateh terkepit kat celah-celah kayu tu. Tapi alhamdulillah tak terkepit.
Swimming pool dia agak best even kecik je and ramai mat and minah saleh berjemur. Maksiat mata untuk Ayah Fateh.. 

Petang tu kami pergi ke Padang Kota Lama sambil-sambil jumpa Kak Nani.
Makan mee sotong. Orang beratur kemain panjang, tapi bila kami makan biasa je rasanya. ABC situ sedap gak. Tempat makan tu tepi Fort Cornwalis, lupa exact name dia.
Lepas tu pusing-pusing Georgetown. Cari jeruk kat Chowrasta, beli baju Penang as souvenir untuk Fateh.

Malam tu lepak dengan Ika, Hafiz and Hariz. Fithri nak makan passembur. Maka Hafis pun melayan bawak kami makan passembur. Tempat tu tak sure kat mana since kami mengekor je.. hehe
Passembur ok, kami makan Koey Teow Kungfu yang sedap.

Ahad, 21 April 2013:
Bangun pagi-pagi, breakfast kat hotel tu je sebab nak jimat masa.
Lepas tu kami terjun tiruk kat swimming pool. Fateh biase la dah jumpe favorite dia memang tak ingat dunia. Dah main air almost sejam pun payah nak naik lagi..huhu
Lepas tu naik hotel kami siap-siap untuk checkout. Sementara tunggu Ika and family sempat la Fateh tido seround.
Then kami gerak ke Bukit Bendera. Hujan renyai-renyai. Tapi bila sampai kat stesen train tu hujan dah stop.
Alhamdulillah orang tak ramai sangat. So tak lama lah menunggu. Fateh naik train tapi still cakap bas.. haha. Penggemar bas sejati. Train dia dah canggih ala-ala ERL dah.
Naik atas pusing-pusing. Ada Owl museum tapi rasa macam tak berbaloi nak masuk. Ticket RM 10/adult.
Minum-minum kat food court then kami turun.

Lepas tu terus gerak ke jeti. Masa datang naik jambatan dah. So balik kami nak naik feri.
Feri pun Fateh panggil bas. Adehh anak mama ni.. huhu

Dalam pukul 3 kami sampai ke Butterworth. Then gerak balik.
Penat but worth it.
Sampai rumah pukul 9 malam. Bukak paip aiyak takdak.
Huwaaa!!!




Monday, March 25, 2013

Wojibun Bawak Bila Travel Jauh

Last week balik kampung.. Bila sebut bab balik kampung ni, packing la benda paling last nak pikir. Excited nak balik kemain, tapi bab packing malas yang amat. And bila dah ada anak , barang-barang anak la yang terpenting. Tapi last week, boleh lak Mama tertinggal diapers Fateh. Deiii!! Ape punya mak la.. ahahaha. Dah la sampai kampung malam. Kelam kabut nak pergi kedai since kedai kat kampung manela ade kedai yang 24 hours.. 

Bila dah berjalan jauh, mulalah Fateh menunjukkan symptom ketidaksihatannya. Mama lak bijak bestari bawak balik ubat demam je. Yang lain semua kelaut.. hihihi. Dah tu, last week masa Fateh demam kat kampung, tetibe meragam taknak bf. Cari susu Isomil kat kampung tak jumpa. Sadis betul! So next time jangan lupa barang-barang dibawah wahai mama ye :)

1. Ubat deman & selesema
2. Cool fever
3. Formula milk
4. Botol susu
4. Penyedut hidung/ hingus
5. Cotton buds
6. Termometer

P/S: Penang, see u on 19th April :)

Thursday, January 31, 2013

Cerita Kilang Susu

Dua tiga hari ni milk production saya berkurang..
Saya macam biasa la, bila dah berkurang camni mula la minum air sampai kena pergi toilet every 1 hour.
 Dan teh herba untuk menambahkan susu yang duduk bertapa dalam drawer akan kembali berkhidmat. :)

Saya beli Neuner's nursing tea ni masa Fateh umur 4 bulan tak silap. Sampai sekarang tak habis lagi.. haha. Nampak sangatlah tak consistent minum. Saya memang kureng menggemari minum teh. Tambah-tambah lagi ada bau herba macam ni. Bila dalam keterpaksaan macam ni barulah minum. Bajet kalau minum teh pagi, petang tu susu dah banyak la. hahaha. Positive thinking, positive thinking!! haha

Result dari minum teh ni saya pun not sure its really works or not. Today hari ke 3 saya minum. Semalam increase sikit compare dengan 2 hari sebelum tu. Tapi still short 2 Oz. So saya anggap nursing tea ni berjayala. Positive thinking again!! Yes, positive thinking sangat penting kan dalam breastfeeding ni.

Saya pernah cuba makan suppliement Shaklee jugak tapi tak lama dalam 2 bulan je kot.
Experience saya, Shaklee tak membanyakkan tetapi memekatkan susu.
Susu time tu macam creamy. Nampak so yummy tapi saya tak try la.. hehe.

Tips paling boleh dipercayai dan diguna pakai sepanjang masa ialah kena minum banyak air kosong. Banyak yang dimaksudkan ialah SANGAT BANYAK. Kalau normally kita minum 2 liter, rasanya bila breastfeed kena minum 6 liter kot. Kembang badan ni ha. Tapi demi anak ku gagahi jua..

Satu lagi, go find a pumping partner. 
Pump sambil bersembang-sembang memang menambahkan susu.
It's proven!

And lastly,
POSITIVE THINKING.
This is the most important tips. 
Its works like wonder I tell you.

Wednesday, January 23, 2013

Gangguan Makhluk Halus dan Cara Mengesan Jin Dalam Badan

Geng-geng saya yang ada baby kecil sekarang ni ada problem anak susah nak tido malam. Anak-anak menangis dan tak dapat tido.. Dalam diskusi, kami meneka-neka adakah Baby Danisha and Baby Umar kena ganggu dengan syaitonnirojim laknatullah.

Then saya teringat pasal sorang kawan saya dulu dia dan keluarga kena gangguan. Dia ada cerita kat saya pasal Ayat Ruqyah. Tapi lepas tu saya lupa pulak pasal tu.. Bila geng-geng saya ada problem ni baru saya teringat balik. Tu pun lepas google sana-sini.. Thank you google kerana mengembalikan ingatan saya kepada cerita seram itu..

T____T

Memandangkan penyakit short term dan long term memory saya semakin parah, untuk rujukan akan datang saya create satu entry. Mana tau satu hari nanti saya perlukan info pasal ni.
Disclaimer: Semua info dibawah adalah ihsan dari google..

Tanda-tanda bayi diganggu makhluk halus:
  1. Mata melilau sekeliling
  2. Menangis tapi tiada air mata
  3. Menangis seolah-olah dicubit
  4. Menangis dalam ketakutan
  5. Tidur terkejut-kejut
  6. Tidur berselang seli dengan menangis
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari.

Langkah-langkah penenang:

1. Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat

2. Bacakan pada bayi ayat-ayat Al-Quran ( Al-Fatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.

3. Jika anda tidak dapat melakukanya sendiri ,minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi sementara anda membaca ayat-ayat tadi diatas semangkuk air dan sapulah pada bayi (lakukan seperti mengambil wudu pada bayi)

4. Ambil semangkuk air campurkan  3 keping asam keping. Bacakan Al-Fatihah 11 kali , selawat 11 kali dan basahkan dibahagian ubun-ubun bayi.


Ayat Ruqyah

Ayat Ruqyah digunakan untuk mengesan samada dalam diri kita ni ada makhluk halus a.k.a jin atau tidak.
 Ayat ini menggabungkan beberapa ayat Al-Quran. Sila google untuk mengetahui ayat-ayat tersebut dari surah mana dan ayat ke berapa.

 Caranya untuk mengesan kehadiran makhluk halus dalam badan adalah seperti dibawah:

1. Pasang ayat Ruqyah dan dengar dengan teliti
2. Pejam mata. Jangan ikut bacaan ayat-ayat tersebut samada di mulut mahupun di hati. DENGAR je.
3. Sekiranya terasa berpeluh, jantung berdegup kencang dan berdebar-debar, mual dan nak muntah, pening, mengantuk, sendawa dan terasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit.. 
Itu bererti badan anda dihuni jin. Segeralah berjumpa dengan ustaz-ustaz yang mampu mengubatinya.

Besedia untuk scan samada ada jin dalam badan anda?



Cara- cara menggunakan Ayat Ruqyah:
  1.  Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan Ayat Ruqyah ini didalam rumah/premis perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi. Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya didalam kereta. Kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
2. Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, perlu pasangkan dengan kuat. InsyaAllah jin dan syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

3. Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan Ayat Ruqyah ini 3 kali disebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3 kali sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca Ayat Qursi 3 kali dan Surah Al-Insyirah 3 kali secara istiqamah. Kemudian sebelah malamnya pula, bacaan Ayat Ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

4. Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, pasangkan 3 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.

5. Jika sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan Ayat Ruqyah ini 3 kali sehari. InsyaAllah kita dengan izin Allah, akan kembali cergas dan kembali bersemangat.

Wallahualambissowab
Kita berusaha, semoga Allah membantu kita..

Monday, January 21, 2013

Percubaan Membikin Laksam


Terliur? hehe

First percubaan untuk buat laksam tak sangka menjadik dengan jayanya. Rasa macam nak bukak kedai makan jual laksam je. hohoho.

MIL dah lama request saya buat laksam dari awal-awal kawin dulu tapi saya refuse. Dengar cerita dari kakak-kakak saya yang memang dah otai tu cakap dorang pun beli yang segera and buat kuah je. Saya yang memang tangan bangku bab-bab masak ni memang terus surrender awal-awal..

Sampai la saya baca ada sorang kawan buat laksam. cik Nughul si pembakar semangat saya. Dia cakap senang je tapi maybe first time tu kelaut la. Tapi kuah memang senang. So saya pun mencubakan diri. Sebelum buat tu jenuh la saya google segala jenis resepi pastu compare-compare sana sini. Then call kakak-kakak saya yang otai-otai belaka tu. Kakak saya siap nasihatkan saya beli je laksam siap. Cis sungguh!!

Berkobar-kobar saya nak buat tau. Sampai heret hubby and bibik pergi pasar malam semata-mata nak cari ulam-ulaman tu.. haha. Tak sia-sia nampaknya. Lepas siap saya WhatsApp gambar laksam kat kakak-kakak saya. Sorang tu terus call tanya resepi.. wakakaka. Sorang lagi reply "WoooO.. diluar jangkaan :D". And saya twit pic kat Nughul, dia reply "wawww.nakkk...kgum...haha"

Well.......
See the hand la.. hohoho.

Seriously saya tak sangka first attempt saya berjaya. Dengar cerita serams otai-otai semua kata susah. Kembang la hidung saya ni ha.. Tambah-tambah lagi bila hubby cerita dia call mak dia bagitau saya dah pandai buat laksam then MIL menjerit cakap "WOW. NAK RASA!" Bertambah-tambahlah kekembangannya. haha..

Bawah ni resepi laksam yang paling simple lepas saya dah combine mengikut ilmu yang dituntut dari google dan kakak-kakak saya. Kalau ikut bahan-bahan tu cukup la untuk 3 orang dewasa makan dengan menambah sekali sorang.. hehe. Saya tulis step by step tuh. Kalau ikut sebijik-sejebon mesti menjadik punya.. 

Good Luck!
***********************************************

BAHAN-BAHAN:

Tepung beras 3 cawan
Ikan Selayang 0.5 kg
Santan segera 1 kotak
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 3cm
Lada hitam diblend halus
Asam keping 3 keping
Garam
Gula
Sedikit minyak masak
Cili padi
Cuka
Daun kesum
Bunga kantan
Timun
Kacang panjang

PERALATAN: (perlu ke ni? haha)

Periuk kukus
Tudung periuk yang berpermukaan rata
Blender
Periuk

CARA-CARA:

a) Laksam
  1. Bancuhkan tepung beras dengan air dan SEDIKIT JE garam. Nisbah tepung dengan air ialah 2 cawan tepung: 2.5 cawan air. Kacau hingga sebati.
  2. Sediakan pengukus, tunggu hingga air mengelegak. Sapukan minyak pada tudung periuk dan letakkan kedalam periuk kukus.
  3. Masukkan satu senduk bancuhan tepung dan biarkan sekitar 5 minit. Make sure letak nipis je and rata. Kalau tebal-tebal selamat jadi lempeng dan takleh nak gulung. Tanda dah masak, tepung tu akan mengelembung.
  4. Keluarkan dengan sudu dan bagi dia sejuk jap. Lepas tu boleh gulung dah..
  5. Repeat sampai la abis bancuhan. Rasa tak cukup tambah lagi bancuhan.. hehe :)
b) Kuah 
  1. Rebus ikan sehingga masak. Masukkan 2 keping asam keping bersama.
  2. Bila ikan dah masak, asingkan ikan dengan tulang-temulang.
  3. Blend lada hitam. Make sure kena betul-betul halussss
  4. Blend bawang merah, bawang putih, halia sampai hancur lepas tu masukkan isi ikan pulak dan blend skali lagi. Kalau blend payah nak pusing tambah santan sikit. Kalau nak tambah air, masukkan air rebusan ikan tadi.
  5. Blend blend blend sampai semua sebati.
  6. Panaskan periuk dan masukkan santan.
  7. Masukkan campuran ikan dah bawang-bawang semua tu.
  8. Masukkan asam keping 1 keping
  9. Masukkan garam, dan SEDIKIT gula. Jangan banyak ye nanti manis pulak..
  10. Masukkan lada hitam mengikut kehendak hati.
  11. Kacau dan kacau sampai mengelegak. SIAP! :)
c) Sambal dan ulam
  1. Blend cili padi beserta sedikit cuka
  2. Nak masuk garam, gula, belacan sikit pun boleh. Tak payah masuk pun ok.. 
  3. Untuk ulam, potong semua daun-dauan halus-halus. Ulam ni up to you nak masukkan apa. Kobis pun boleh.. Tapi 4 jenis yang disenaraikan adalah original punya resepi.

Siap sudah.
Hidang dan mari semua kita makan laksam :)

Wednesday, January 9, 2013

Basic Info About Breastfeeding

"A newborn baby has only three demands. They are: warmth in the arms of his/her mother, food from her breasts, and security in the knowledge of her presence. Breastfeeding satisfied all three. "
~ Grantly Dick- Red

Info mengenai breastfeeding melambak di internet. Disini saya try compile basic info yang penting-penting secara simple untuk memudahkan breastfeeding mommies out there.


Words and short form yang  sering digunakan bila bercakap tentang penyusuan ibu.
  1. EBM = Expressed Breast Milk
  2. BF = Breast Feed 
  3. DF = Direct Feeding
  4. EP Mom = Exclusive Pumping Mom (Ibu yang mana baby dia minum susu ibu tapi dengan hanya menggunakan botol)
  5. LDR = Let Down Reflex (Keadaan dimana ketika baby sedang hisap susu or ketika ibu sedang pump, susu tiba-tiba mencurah-curah. For more info boleh baca sini) 
  6. NIP = Nursing In Public
  7. PP = Power Pumping
  8. Tandem Nursing =  Two siblings breastfeed together. Keadaan ini biasanya disebabkan kelahiran twins or jarak anak yang dekat.
  9. Marmet = Cara perahan susu menggunakan tangan
  10. FM = Formula Milk

Ok. So far ini sahaja yang saya rasa berkaitan. Kalau ada yang lain saya akan update nanti.


EBM Storage

In short:


Fresh EBM
Thawed Milk
Suhu Bilik
3 – 4 hrs
N/A
Cooler bag with ice pack
24 hrs
N/A
Refrigerator
3 – 8 days (Depends on muatan dalam fridge tu. Tapi saya usually until 3 days only)
24 hrs
Freezer inside fridge (Fridge 1 pintu)
2 weeks
Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan kembali
Freezer with Fridge (Fridge 2 pintu)
3 months
Deep freezer
6 months – 8 months


Power Pumping

Power pumping (PP) dijalankan untuk meningkatkan hasil susu. Mengikut experience saya sendiri, PP akan nampak kesan selepas 5-6 hari.

Table dibawah ini ialah PP yang duration-nya selama 1 jam menggunakan 10 mins cycle. Saya biasa buat PP selama 1 jam ketika malam and if dekat office duration PP saya only for 20 mins (using 5 mins cycle).  Duration PP ni boleh dilakukan mengikut keselesaan masing-masing. Just make sure cycle pumping tu betul.

Pump type
Duration 1 hour
10 mins
10 mins
10 mins
10 mins
10 mins
10 mins
Double Pump
Pumping
Rest
Pumping
Rest
Pumping
Rest
Single pump / Marmet
Right Breast
Left Breast
Right Breast
Left Breast
Right Breast
Left Breast



Worth to mention
  1. Ajar anak untuk minum susu yang diperah menggunakan botol seawal usianya 2 minggu. Tapi jangan terlalu kerap. Sehari sekali is enough. Ini untuk mengelakkan baby mengalami nipple confusing dan pada masa yang sama memudahkan ibu untuk kembali bekerja.
  2. Terdapat sesetengah bayi yang tidak menggemari EBM yang telah dicairkan. Cara untuk mengelakkan pembaziran berlaku, kita boleh pump susu then store dalam fridge. Apabila suhu fresh EBM tadi telah sama dengan thawed milk, campurkan kedua-dua susu tersebut.
  3. Pumping around 2 am - 5 am sangat menakjubkan. Usually hasil pump time tu berkali ganda dari siang hari.
  4. Apabila susu sudah drop, sangat susah untuk meningkatkan kembali production. Oleh itu pumping mengikut jadual sangat-sangat penting.

Thursday, April 2, 2009

potong jangan tak potong

potong ape, potong ape?suke ati ko la nk potong ape pun.tapi ni aku nk cerita pasal potong kuku je.huhuhu..tadi aku dapat email dari sorang kakak kt ofis aku ni..akak ni mmg rajin mengfoward email.macam-macam email dpt dari dia. boleh la hilangkan boring sikit-sikit serta memenuhkan inbox emel aku..hahaha

ok berbalik kepade isu kuku. aku sebenarnye sangat rimas tengok orang berkuku panjang walaupun kukunye berkilau-kilau macam berlian yang dibeli secare terus dari lombong kt afrika.TETAP TIDAK CANTIK.namun kadang-kadang aku saje puji.biasela manusia ni kan?suke dipuji..tapi pujian aku memang ade dua kategori..ikhlas dan tidak ikhlas. aku rase semua orang pun same..huhuhu.kalau aku puji pasal kuku panjang, maaf la, pujian aku tak ikhlas langsung.nasib la ko kalau ko percaye..hahaha.tapi aku sendiri pun pernah berkuku panjang.bukan sebab saje-saje nak simpan tapi sebab tak sempat nak potong.dah nak akhir zaman agaknye ek?nk potong kuku pun xsempat.tapi betul la..mmg aku slalu xsempat nk potong kuku..bile balik dari ofis dh malam.orang tua-tua kate jangan potong kuku malam-malam.nnt kudung jari..ha, takutla tu..hahaha.

tapi aku potong je malam-malam bute pon.utk menyedapkan ati aku cakap la, "orang dulu-dulu xde lampu malam-malam.nak potong kuku pun pakai pisau..mau tak kudung tangan.."hahahaha..setakat ni jari aku masih sihat walafiat lagi.tak tau la lepas-lepas ni..ish gerun la kalau pikir xde jari..huuuu..eh, takde jari di kategorikan sebagai OKU ke ha?OKU dapat elaun bulanan tau..hahaha

baik, ini ade lah adab memotong kuku dalam islam and hari-hari untuk potong kuku.baik ko ikot sebab tak rugi pon kan??lagi pun bukan susah nak ikot..aku ingat lagi noddy ngan ropi pernah berbahas [hahaha..kena la nak gune perkataan berbahas] pasal adab potong kuku nih..ha, ni dh ade bukti kukuh. sile tengok and hafal puas-puas..tapi yang menariknya siap ade doa tuh.aku tak pernah tau ni weh..huhuhu.hafal cepat hafal!!



cara potongan kuku ni adelah cara-cara dari kitab Jauharul Mauhub. aku potong kuku lain sikit dari turutan ni..aku ikot turutan yang ustazah aku dulu ajar. aku ingat dia ajar salah..huhuhu. tapi lepas google-google pasal adab potong kuku ni, rupenya ade banyak cara. oh ustazah,(aku tak ingat ustazah yang mane) maafkan aku sebab bersangke burok..huhuhu.cara yang aku dok amalkan selama ini adelah dari Ilmu Maulana. aku biase potong kuku ikot turutan:

telunjuk kanan -> tengah kanan -> manis kanan -> kelingking kanan -> kelingking kiri -> manis kiri -> tengah kiri -> telunjuk kiri -> ibu kiri -> ibu kanan

aku sekarang tengah wonder ape name jari tengah eh?rase macam jari hantu tapi tak konfiden betul ke tak.apehal burok sgt namanye..hahaha..haish, kalau aku masuk rancangan "are you smarter than 5th grader" mesti aku kalah.name jari pun tak ingat..hahaha.

cakap-cakap pasal kuku, teringat satu game mase kecik-kecik dulu..sebut cepat-cepat perkataan ni: "kakak ku kata kuku kaki ku kotor ku kikis kikis kuku kaki ku kuku kaki ku kelihatan kaku." kena sebut dengan cepat gila ok? try la ko sebut kalau ko rase diri ko hebat..

bai!

p/s: kawan aku ajak aku pegi buat manicure. paling murah harge manicure dalam rm30++..hadoi!apekejadah org tu nak buat ngn kuku aku smpai bayar byk tu?agak-agak ade sape-sape nak sponsor aku tak?hahaha