Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Penang Trip

Jumaat, 19 April 2013:
Bertolak pukul 10 pagi. Sampai kat hotel pukul 4 petang. Macam balik kampung dah.. Mane taknye, boleh kata setiap RnR berenti.. hehe. Takpe la sampai lambat asalkan enjoy :D
First day ni check in kat hotel kat Batu Feringgi, EQ Feringghi.

Review hotel:
Location kira agak strategik sebab memang boleh jalan kaki je ke Pasar Malam Batu Feringgi. Turun bawah terus ada gerai makanan. 
Service tak best sangat. Masa bayar deposit, senyap je takde confirmation pape pun.
 Bilik yang kitorang duduk tu hujung skali. Aircond tak berapa sejuk and bilik tu sendiri panas sangat. Bangunan and susunan bilik lak macam hostel.. Apepun ok la. Since harga dia murah, so berbaloi lah..

Petang tu around 6 pm kami pergi menghirup angin pantai. Ceewah.
Yang kelakarnye, Fateh takut dengan ombak.. hihi. Kalau kat swimming pool kemain lagi eksyen.
Sambil-sambil lepak tu sempat la pekena laksa Penang and rojak. Taste, biasa-biasa je. Tak umph! and agak mahal.
Malam tu lak kami turun makan kat gerai bawah pekena Char Koey Teow. Tak silap nama gerai tu "Mady Char Koey Teow". Taste dia ok la. Sedap.
Then kami berjalan-jalan sekitar pasar malam tu. Sempat la beli fridge magnet and mainan gendang Fateh..

Sabtu, 20 April 2013:
 Breakfast kat kedai mamak dekat hotel tu. Makanan cam biase la. Standard mamak.
Lepas tu kami gerak ke Butterfly Farm, lebih kurang 15 minit kot dari hotel.
Tiket masuk adult RM 18, Fateh free.
Kawasan dia kecik je tapi ok la untuk Fateh belajar kenal butterfly.
Ada gak ulat gonggok gergasi yang menggelikan, ada kolam ikan, itik, and serangga-serangga lain.

Review: 
Boleh datang ramai-ramai sebab agak menyeronokkan jugak.

Then dah penat berjalan and bergambar dengan rama-rama, kami balik ke hotel and berehat.
Pukul 12 kami checkout and terus ke kenduri Shepa & Man.

Lepas balik kenduri kami mencari lokasi second hotel untuk dihinggap. Dah book awal-awal Hotel 1926 Heritage. Seperti namanya, hotel ini sangat klasik.

Review Hotel:
Service ok. Cume tak puas hati sebab dua kali pergi mintak pool towel tapi tak dapat-dapat.
Harga berpatutan. Bilik banyak nyamuk tapi disediakan ubat nyamuk maka malam tu boleh tido lena.
Yang paling tak puas hati ialah lantai kayunya itu. Since bangunan lama, so lantai dia dah agak rosak. Risau sangat takut kaki Fateh terkepit kat celah-celah kayu tu. Tapi alhamdulillah tak terkepit.
Swimming pool dia agak best even kecik je and ramai mat and minah saleh berjemur. Maksiat mata untuk Ayah Fateh.. 

Petang tu kami pergi ke Padang Kota Lama sambil-sambil jumpa Kak Nani.
Makan mee sotong. Orang beratur kemain panjang, tapi bila kami makan biasa je rasanya. ABC situ sedap gak. Tempat makan tu tepi Fort Cornwalis, lupa exact name dia.
Lepas tu pusing-pusing Georgetown. Cari jeruk kat Chowrasta, beli baju Penang as souvenir untuk Fateh.

Malam tu lepak dengan Ika, Hafiz and Hariz. Fithri nak makan passembur. Maka Hafis pun melayan bawak kami makan passembur. Tempat tu tak sure kat mana since kami mengekor je.. hehe
Passembur ok, kami makan Koey Teow Kungfu yang sedap.

Ahad, 21 April 2013:
Bangun pagi-pagi, breakfast kat hotel tu je sebab nak jimat masa.
Lepas tu kami terjun tiruk kat swimming pool. Fateh biase la dah jumpe favorite dia memang tak ingat dunia. Dah main air almost sejam pun payah nak naik lagi..huhu
Lepas tu naik hotel kami siap-siap untuk checkout. Sementara tunggu Ika and family sempat la Fateh tido seround.
Then kami gerak ke Bukit Bendera. Hujan renyai-renyai. Tapi bila sampai kat stesen train tu hujan dah stop.
Alhamdulillah orang tak ramai sangat. So tak lama lah menunggu. Fateh naik train tapi still cakap bas.. haha. Penggemar bas sejati. Train dia dah canggih ala-ala ERL dah.
Naik atas pusing-pusing. Ada Owl museum tapi rasa macam tak berbaloi nak masuk. Ticket RM 10/adult.
Minum-minum kat food court then kami turun.

Lepas tu terus gerak ke jeti. Masa datang naik jambatan dah. So balik kami nak naik feri.
Feri pun Fateh panggil bas. Adehh anak mama ni.. huhu

Dalam pukul 3 kami sampai ke Butterworth. Then gerak balik.
Penat but worth it.
Sampai rumah pukul 9 malam. Bukak paip aiyak takdak.
Huwaaa!!!




Thursday, April 11, 2013

Hada Labo

Semalam saya received sample Super Hyaluronic  Acid Moisturizing Lotion from Hada Labo. 
Saya pun dah tak ingat bila saya request.. haha
Kecik cinonet je sample-nye. Dah nama pun sample kan? Kalau nak yang gabak tu beli sendiri la oi.. hihi

Cakap pasal Hada Labo ni, saya sekarang pakai dia punya BB Cream. 
Air BB Cream namenya.
Review: saya sukaaaaaaaaaaaa!!
Dia blend well kat muka and nampak natural gittew..
Dulu saya pernah pakai Maybelline and Silkygirl. Dua-dua tak abis pakai. Last-last saya baling masuk tong sampah..
Tapi dengan Air BB cream, pasti tidak masuk tong sampah lagi.. gahaha.


Oh ya..
Skali dengan sample tu ada passcode untuk 30% off Hada Labo product.
Since saya tak berniat nak purchase apa-apa so saya share sini kot-kot ada yang nak guna.
Passcodenya ialah XFBRG4M55
Valid for one 30 days, which is until May 2013 and can be use for one time purchase only.
So siapa cepat dia dapat :)
Login to www.shoponline.hadalabo.com.my and enter the passcode.
Hurry!

Monday, December 24, 2012

Flu, Please Go Away

Fateh currently having flu. Kesian sangat tengok dia tak selesa sampai tak boleh tidur malam. Malam first tu jenuh la saya mengoogle petua-petua nak hilangkan selsema untuk baby. Hari kedua terus bawak jumpa paed kat Poliklinik An-Nur Jalan Reko. Consult pungpang-pungpang 15mins, dapat 3 jenis ubat, kena RM150. Mahal kan? Rasanya kalau dgn Doc Nik Rose tak semahal tu kot. Tapi sebab Klinik Doc Nik kat Az-Zahrah tutup malam-malam, tak dapat la ke sana. Dah tak sanggup nak tunggu esok. Pity my boy and pity mama jugak sebab takleh tido lena malam-malam..hiks.. Yang saya suka kat Poliklinik An-Nur tu, pergi je memang boleh terus masuk. Agaknya tak ramai orang sebab mahal kot..huhu. Kalau Az-Zahrah, janggut tumbuh sampai lutut pun belum tentu dapat turn. Environment kat Poliklinik tu pun very baby/children friendly.. Ini the second time we brought Fateh here. First time masa Fateh demam. Time tu baru 4 month kot. Gara-gara mama panik, tak mampu tunggu siang tu yang bawak ke Poliklinik An-Nur.. Banyak jasa Poliklinik ni bila time saya panik..haha.

Dalam 3 ubat flu yang dapat tu, ada satu yang saya nak share kat sini. Ini first time saya tahu kewujudan ubat sedemikian - Illiadin, Decongestant Nasal Drop. Dah namanya nasal drop, we need to spray it into the nose lah. Takkan nak spray kat mata lak kan.. Dia punya effect, dia akan mengeringkan hidung. So mukus-mukus dalam hidung tu akan jadi keras atau dengan kata lain ubat tu menukarkan hingus kepada tahi idong. Maaf kurang sopan disini. Tapi konfem ada yang google pakai words tersebut kan.. So bila sudah keras, easier for mom to clean up baby's nose. Macam Fateh, at 11 month old, acara sedut menyedut mukus menggunakan penyedut no longer a practical approach. Susah betul nak make him baring diam-diam then masukkan penyedut dalam hidung dia tu. Risau takut tercocok over ke dalam. This nasal drop ni memang betul-betul praktikal for me. Recommended to all moms out there. Hidung kering, flu cepat hilang, and tampak lebih bersih gittew..