Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Penang Trip

Jumaat, 19 April 2013:
Bertolak pukul 10 pagi. Sampai kat hotel pukul 4 petang. Macam balik kampung dah.. Mane taknye, boleh kata setiap RnR berenti.. hehe. Takpe la sampai lambat asalkan enjoy :D
First day ni check in kat hotel kat Batu Feringgi, EQ Feringghi.

Review hotel:
Location kira agak strategik sebab memang boleh jalan kaki je ke Pasar Malam Batu Feringgi. Turun bawah terus ada gerai makanan. 
Service tak best sangat. Masa bayar deposit, senyap je takde confirmation pape pun.
 Bilik yang kitorang duduk tu hujung skali. Aircond tak berapa sejuk and bilik tu sendiri panas sangat. Bangunan and susunan bilik lak macam hostel.. Apepun ok la. Since harga dia murah, so berbaloi lah..

Petang tu around 6 pm kami pergi menghirup angin pantai. Ceewah.
Yang kelakarnye, Fateh takut dengan ombak.. hihi. Kalau kat swimming pool kemain lagi eksyen.
Sambil-sambil lepak tu sempat la pekena laksa Penang and rojak. Taste, biasa-biasa je. Tak umph! and agak mahal.
Malam tu lak kami turun makan kat gerai bawah pekena Char Koey Teow. Tak silap nama gerai tu "Mady Char Koey Teow". Taste dia ok la. Sedap.
Then kami berjalan-jalan sekitar pasar malam tu. Sempat la beli fridge magnet and mainan gendang Fateh..

Sabtu, 20 April 2013:
 Breakfast kat kedai mamak dekat hotel tu. Makanan cam biase la. Standard mamak.
Lepas tu kami gerak ke Butterfly Farm, lebih kurang 15 minit kot dari hotel.
Tiket masuk adult RM 18, Fateh free.
Kawasan dia kecik je tapi ok la untuk Fateh belajar kenal butterfly.
Ada gak ulat gonggok gergasi yang menggelikan, ada kolam ikan, itik, and serangga-serangga lain.

Review: 
Boleh datang ramai-ramai sebab agak menyeronokkan jugak.

Then dah penat berjalan and bergambar dengan rama-rama, kami balik ke hotel and berehat.
Pukul 12 kami checkout and terus ke kenduri Shepa & Man.

Lepas balik kenduri kami mencari lokasi second hotel untuk dihinggap. Dah book awal-awal Hotel 1926 Heritage. Seperti namanya, hotel ini sangat klasik.

Review Hotel:
Service ok. Cume tak puas hati sebab dua kali pergi mintak pool towel tapi tak dapat-dapat.
Harga berpatutan. Bilik banyak nyamuk tapi disediakan ubat nyamuk maka malam tu boleh tido lena.
Yang paling tak puas hati ialah lantai kayunya itu. Since bangunan lama, so lantai dia dah agak rosak. Risau sangat takut kaki Fateh terkepit kat celah-celah kayu tu. Tapi alhamdulillah tak terkepit.
Swimming pool dia agak best even kecik je and ramai mat and minah saleh berjemur. Maksiat mata untuk Ayah Fateh.. 

Petang tu kami pergi ke Padang Kota Lama sambil-sambil jumpa Kak Nani.
Makan mee sotong. Orang beratur kemain panjang, tapi bila kami makan biasa je rasanya. ABC situ sedap gak. Tempat makan tu tepi Fort Cornwalis, lupa exact name dia.
Lepas tu pusing-pusing Georgetown. Cari jeruk kat Chowrasta, beli baju Penang as souvenir untuk Fateh.

Malam tu lepak dengan Ika, Hafiz and Hariz. Fithri nak makan passembur. Maka Hafis pun melayan bawak kami makan passembur. Tempat tu tak sure kat mana since kami mengekor je.. hehe
Passembur ok, kami makan Koey Teow Kungfu yang sedap.

Ahad, 21 April 2013:
Bangun pagi-pagi, breakfast kat hotel tu je sebab nak jimat masa.
Lepas tu kami terjun tiruk kat swimming pool. Fateh biase la dah jumpe favorite dia memang tak ingat dunia. Dah main air almost sejam pun payah nak naik lagi..huhu
Lepas tu naik hotel kami siap-siap untuk checkout. Sementara tunggu Ika and family sempat la Fateh tido seround.
Then kami gerak ke Bukit Bendera. Hujan renyai-renyai. Tapi bila sampai kat stesen train tu hujan dah stop.
Alhamdulillah orang tak ramai sangat. So tak lama lah menunggu. Fateh naik train tapi still cakap bas.. haha. Penggemar bas sejati. Train dia dah canggih ala-ala ERL dah.
Naik atas pusing-pusing. Ada Owl museum tapi rasa macam tak berbaloi nak masuk. Ticket RM 10/adult.
Minum-minum kat food court then kami turun.

Lepas tu terus gerak ke jeti. Masa datang naik jambatan dah. So balik kami nak naik feri.
Feri pun Fateh panggil bas. Adehh anak mama ni.. huhu

Dalam pukul 3 kami sampai ke Butterworth. Then gerak balik.
Penat but worth it.
Sampai rumah pukul 9 malam. Bukak paip aiyak takdak.
Huwaaa!!!




Thursday, April 11, 2013

Hada Labo

Semalam saya received sample Super Hyaluronic  Acid Moisturizing Lotion from Hada Labo. 
Saya pun dah tak ingat bila saya request.. haha
Kecik cinonet je sample-nye. Dah nama pun sample kan? Kalau nak yang gabak tu beli sendiri la oi.. hihi

Cakap pasal Hada Labo ni, saya sekarang pakai dia punya BB Cream. 
Air BB Cream namenya.
Review: saya sukaaaaaaaaaaaa!!
Dia blend well kat muka and nampak natural gittew..
Dulu saya pernah pakai Maybelline and Silkygirl. Dua-dua tak abis pakai. Last-last saya baling masuk tong sampah..
Tapi dengan Air BB cream, pasti tidak masuk tong sampah lagi.. gahaha.


Oh ya..
Skali dengan sample tu ada passcode untuk 30% off Hada Labo product.
Since saya tak berniat nak purchase apa-apa so saya share sini kot-kot ada yang nak guna.
Passcodenya ialah XFBRG4M55
Valid for one 30 days, which is until May 2013 and can be use for one time purchase only.
So siapa cepat dia dapat :)
Login to www.shoponline.hadalabo.com.my and enter the passcode.
Hurry!

Thursday, February 7, 2013

Splash Splish

Yay! Finally Fateh masuk swimming class!!

 What I can say, Fateh sukeee sangat. Menjerit-jerit happy. Semua ibu-ibu lain puji Fateh tak takut air since dalam first class pun excited semacam. haha. 

Mula-mula nak masuk pool tu lagi Fateh dah excited. Kitorang sampai awal. Sementara dok menunggu instructor datang, Fateh dah bosan. So bila time nak masuk pool memang excited lah dia. Mama pulak yang nervous sebab nak terjun kolam paling besar and dalam kat situ..haha.

Dalam class tu banyak singing together. Ada 7 babies included Fateh. Paling besar umur setahun setengah tak silap. And paling kecik umur 6 bulan. Since parents kena involved together so memang dengan saya sekalilah belajar berenang. Sambil menyelam kita berenang.. hehe.

We are looking forward for the next class!

Sunday, January 6, 2013

Swimming Class

Finally saya jumpa swimming class for babies!

Lebih menggembirakan, dekat sangat-sangat dengan rumah saya!!

Fateh sangat suka main air. Maybe sebab masa pregnant dulu saya selalu terjun kolam kot. Even now, if ada kelapangan memang saya akan bawak Fateh pergi swimming.. He loves swimming so so much. Sampai kecut-kecut kaki pun taknak naik lagi..


Saya start introduced swimming activity to Fateh since he was 4 month old. First time masuk kolam dia dah pandai gerakkan kaki and tangan. Amazing sangat-sangat. Saya ada tengok jugak kat YouTube macam mana nak ajar baby swimming tapi takut nak buat. Anak kot.. Kang jadi pape menyesal mokkk..wuuu. Lepas tu try cari swimming class for babies tapi takde. Alhamdulillah semalam masa bawak Fateh pergi swim, nampak trainer tengah conduct class for baby. Macam orang mengantuk disorongkan bantallah.. Terus ambik nombor phone trainer tu and call her..

Insyaallah Fateh akan masuk swimming class tu start next weekeend. I hope that Fateh will be a great swimmer someday.. hehe :)