Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Penang Trip

Jumaat, 19 April 2013:
Bertolak pukul 10 pagi. Sampai kat hotel pukul 4 petang. Macam balik kampung dah.. Mane taknye, boleh kata setiap RnR berenti.. hehe. Takpe la sampai lambat asalkan enjoy :D
First day ni check in kat hotel kat Batu Feringgi, EQ Feringghi.

Review hotel:
Location kira agak strategik sebab memang boleh jalan kaki je ke Pasar Malam Batu Feringgi. Turun bawah terus ada gerai makanan. 
Service tak best sangat. Masa bayar deposit, senyap je takde confirmation pape pun.
 Bilik yang kitorang duduk tu hujung skali. Aircond tak berapa sejuk and bilik tu sendiri panas sangat. Bangunan and susunan bilik lak macam hostel.. Apepun ok la. Since harga dia murah, so berbaloi lah..

Petang tu around 6 pm kami pergi menghirup angin pantai. Ceewah.
Yang kelakarnye, Fateh takut dengan ombak.. hihi. Kalau kat swimming pool kemain lagi eksyen.
Sambil-sambil lepak tu sempat la pekena laksa Penang and rojak. Taste, biasa-biasa je. Tak umph! and agak mahal.
Malam tu lak kami turun makan kat gerai bawah pekena Char Koey Teow. Tak silap nama gerai tu "Mady Char Koey Teow". Taste dia ok la. Sedap.
Then kami berjalan-jalan sekitar pasar malam tu. Sempat la beli fridge magnet and mainan gendang Fateh..

Sabtu, 20 April 2013:
 Breakfast kat kedai mamak dekat hotel tu. Makanan cam biase la. Standard mamak.
Lepas tu kami gerak ke Butterfly Farm, lebih kurang 15 minit kot dari hotel.
Tiket masuk adult RM 18, Fateh free.
Kawasan dia kecik je tapi ok la untuk Fateh belajar kenal butterfly.
Ada gak ulat gonggok gergasi yang menggelikan, ada kolam ikan, itik, and serangga-serangga lain.

Review: 
Boleh datang ramai-ramai sebab agak menyeronokkan jugak.

Then dah penat berjalan and bergambar dengan rama-rama, kami balik ke hotel and berehat.
Pukul 12 kami checkout and terus ke kenduri Shepa & Man.

Lepas balik kenduri kami mencari lokasi second hotel untuk dihinggap. Dah book awal-awal Hotel 1926 Heritage. Seperti namanya, hotel ini sangat klasik.

Review Hotel:
Service ok. Cume tak puas hati sebab dua kali pergi mintak pool towel tapi tak dapat-dapat.
Harga berpatutan. Bilik banyak nyamuk tapi disediakan ubat nyamuk maka malam tu boleh tido lena.
Yang paling tak puas hati ialah lantai kayunya itu. Since bangunan lama, so lantai dia dah agak rosak. Risau sangat takut kaki Fateh terkepit kat celah-celah kayu tu. Tapi alhamdulillah tak terkepit.
Swimming pool dia agak best even kecik je and ramai mat and minah saleh berjemur. Maksiat mata untuk Ayah Fateh.. 

Petang tu kami pergi ke Padang Kota Lama sambil-sambil jumpa Kak Nani.
Makan mee sotong. Orang beratur kemain panjang, tapi bila kami makan biasa je rasanya. ABC situ sedap gak. Tempat makan tu tepi Fort Cornwalis, lupa exact name dia.
Lepas tu pusing-pusing Georgetown. Cari jeruk kat Chowrasta, beli baju Penang as souvenir untuk Fateh.

Malam tu lepak dengan Ika, Hafiz and Hariz. Fithri nak makan passembur. Maka Hafis pun melayan bawak kami makan passembur. Tempat tu tak sure kat mana since kami mengekor je.. hehe
Passembur ok, kami makan Koey Teow Kungfu yang sedap.

Ahad, 21 April 2013:
Bangun pagi-pagi, breakfast kat hotel tu je sebab nak jimat masa.
Lepas tu kami terjun tiruk kat swimming pool. Fateh biase la dah jumpe favorite dia memang tak ingat dunia. Dah main air almost sejam pun payah nak naik lagi..huhu
Lepas tu naik hotel kami siap-siap untuk checkout. Sementara tunggu Ika and family sempat la Fateh tido seround.
Then kami gerak ke Bukit Bendera. Hujan renyai-renyai. Tapi bila sampai kat stesen train tu hujan dah stop.
Alhamdulillah orang tak ramai sangat. So tak lama lah menunggu. Fateh naik train tapi still cakap bas.. haha. Penggemar bas sejati. Train dia dah canggih ala-ala ERL dah.
Naik atas pusing-pusing. Ada Owl museum tapi rasa macam tak berbaloi nak masuk. Ticket RM 10/adult.
Minum-minum kat food court then kami turun.

Lepas tu terus gerak ke jeti. Masa datang naik jambatan dah. So balik kami nak naik feri.
Feri pun Fateh panggil bas. Adehh anak mama ni.. huhu

Dalam pukul 3 kami sampai ke Butterworth. Then gerak balik.
Penat but worth it.
Sampai rumah pukul 9 malam. Bukak paip aiyak takdak.
Huwaaa!!!




Wednesday, March 27, 2013

Thank You and See You Again!

Finally, the time for my little friend berehat seketika telah tiba.. I officially stop expressing my milk today.
Mama pilih date 27 March 2013 sempena birthday Fateh yang ke setahun dua bulan. So senang nak ingat milestone of achievement.. hehe.

***************************
5.5 mo: Start makan
7 mo: Start campur FM
1.2 yr: Stop EBM 
2 yr: InsyaAllah stop BF
**********************************************

Thank you my dear Medela. You have been a very good friend to me.
Rest well ok. Khidmatmu masih diperlukan pada masa akan..
See you again in x year(s).. ;p

Thursday, September 16, 2010

duit raya

Selamat Hari Raya to all readers

Maybe it is not too late for me untuk minta maaf if ada terkasar bahasa dan 'terbuat' salah silap dengan anda semua. saya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.. 0-0 ye semua :)

This year raya suam-suam kuku sahaja since saya cuma mampu mengumpul duit raya sebanyak RM 5k sahaja.. ok kidding. tolak the 'k' part.. haha. kijam betul dunia ini. dapat duit raya tu pun sebab ada angpow lebih.. biasala bila dah kerja kan, dulu selalu menerima, sekarang turn memberi. well orang selalu kata "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima" --> ini memang ayat untuk sedapkan hati ni.. hehehehe.

Konsep pemberian duit raya kepada anak-anak saudara kali ini berasaskan lucky draw concept.. siapa yang bertuah dapat banyak, siapa yang kurang bertuah tu dapat biasa-biasa je la. seronok buat macam tu. it's really funny when my nieces and nephews masing-masing berdebar-debar nak cabut sampul angpow tu. and the best part is before dorang nak cabut sampul angpow, they have to say a slogan yang saya kira perlu diprivatizekan, if not, kamu semua akan muntah hijau mendengarnya.. ahahahaha :P

Anyway, saya baru lepas baca my best friend's blog. Alhamdulillah Allah dah tunjukkan semua yang berlaku ada hikmahnya.. to you if you read this, ingatlah, percaturan Allah terhadap semua yang berlaku adalah yang terbaik. oleh itu, bersyukurlah terhadap semua ketetapan itu.. :)

Ok la, sudah mau tidur. Terimalah lagu "Selamat Malam" dari faizal tahir dari saya buat anda semua.. minumlah susu sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti tinggi. ahahaha. apelah aku merepek ini.

Bye!


Tuesday, December 15, 2009

My greatest condolence to my friend, Teh

Kisah pengantin 3 jam memang menggemparkan. Semua turut bersedih diatas kejadian yang menimpa pasangan Teh dan arwah Ariff, seolah-olah semua mengenali pasangan tersebut. Tapi sememangnya aku mengenali si isteri. Teh Afifah Syahirah, my x-schoolmate masa kt MRSM Beseri dulu. Kami pernah sekelas and sama-sama koop-ian. Dia memang seorang yang lemah-lembut tapi gila-gila.

Aku mula-mula dapat berita tentang kejadian tu bila Farah Lee hantar message kt fb. Memang terkejut gila aku dengar berita tu. At the same time, aku tertanya-tanya jugak bila Teh kahwin since tak pernah dengar pun ura-ura dia nak or dah kahwin. Tapi malam tu bila aku tengok buletin utama, rase nak luruh jantung aku bila tau Teh baru je kahwin 3 jam before kemalangan tu. Memang aku betul-betul terkedu weh. Tak sangka sesingkat itu bahagia yang dirasa oleh Teh.

Untuk Teh, sabarlah wahai sahabat. Ingatlah bahawa Allah tak akan menduga hambanya jika DIA tahu hambanya itu tidak mampu menanggung dugaan itu.
Alfatihah buat arwah Ariff..