Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Ulser

I HATE ULSER SO MUCH RIGHT NOW!
Kenapa Fateh yang kena? Kenapa bukan mama ke, ayah ke?
Sedih sangat mama bila Fateh nangis-nangis lapar tapi taknak minum susu.
Sepanjang malam menangis. Tido pun kejap-kejap je.
Mama pun dah ting-tong ni dua malam tak cukup tido.

Paling menyedihkan mama, Fateh nak susu tapi bila mama sua susu, Fateh baru nak masukkan dalam mulut, 
then terus berpaling kelain sambil nangis-nangis.
Last-last mama kena keluarkan pam semalam. 

Dah bagi ubat spray yang doctor Nazim bagi tapi macam takde kesan pun.
If esok still takde changes, An-Nur Jalan Reko jugak lah nampak gayanye.

Ya Allah sembuhkan anakku Fateh Hilmi.
Sedih hati ni tengok anak mama kesakitan. :'((

p/s: Ada petua kata if kena ulser ubatnye sapu margarine. Tapi margarine tak elok so mebi boleh replace dengan butter kot.. huhu.
Tapi Fateh punya ulser dekat tekak. How lah nak sapu. Sigh~

Thursday, January 31, 2013

Cerita Kilang Susu

Dua tiga hari ni milk production saya berkurang..
Saya macam biasa la, bila dah berkurang camni mula la minum air sampai kena pergi toilet every 1 hour.
 Dan teh herba untuk menambahkan susu yang duduk bertapa dalam drawer akan kembali berkhidmat. :)

Saya beli Neuner's nursing tea ni masa Fateh umur 4 bulan tak silap. Sampai sekarang tak habis lagi.. haha. Nampak sangatlah tak consistent minum. Saya memang kureng menggemari minum teh. Tambah-tambah lagi ada bau herba macam ni. Bila dalam keterpaksaan macam ni barulah minum. Bajet kalau minum teh pagi, petang tu susu dah banyak la. hahaha. Positive thinking, positive thinking!! haha

Result dari minum teh ni saya pun not sure its really works or not. Today hari ke 3 saya minum. Semalam increase sikit compare dengan 2 hari sebelum tu. Tapi still short 2 Oz. So saya anggap nursing tea ni berjayala. Positive thinking again!! Yes, positive thinking sangat penting kan dalam breastfeeding ni.

Saya pernah cuba makan suppliement Shaklee jugak tapi tak lama dalam 2 bulan je kot.
Experience saya, Shaklee tak membanyakkan tetapi memekatkan susu.
Susu time tu macam creamy. Nampak so yummy tapi saya tak try la.. hehe.

Tips paling boleh dipercayai dan diguna pakai sepanjang masa ialah kena minum banyak air kosong. Banyak yang dimaksudkan ialah SANGAT BANYAK. Kalau normally kita minum 2 liter, rasanya bila breastfeed kena minum 6 liter kot. Kembang badan ni ha. Tapi demi anak ku gagahi jua..

Satu lagi, go find a pumping partner. 
Pump sambil bersembang-sembang memang menambahkan susu.
It's proven!

And lastly,
POSITIVE THINKING.
This is the most important tips. 
Its works like wonder I tell you.

Wednesday, January 9, 2013

Basic Info About Breastfeeding

"A newborn baby has only three demands. They are: warmth in the arms of his/her mother, food from her breasts, and security in the knowledge of her presence. Breastfeeding satisfied all three. "
~ Grantly Dick- Red

Info mengenai breastfeeding melambak di internet. Disini saya try compile basic info yang penting-penting secara simple untuk memudahkan breastfeeding mommies out there.


Words and short form yang  sering digunakan bila bercakap tentang penyusuan ibu.
  1. EBM = Expressed Breast Milk
  2. BF = Breast Feed 
  3. DF = Direct Feeding
  4. EP Mom = Exclusive Pumping Mom (Ibu yang mana baby dia minum susu ibu tapi dengan hanya menggunakan botol)
  5. LDR = Let Down Reflex (Keadaan dimana ketika baby sedang hisap susu or ketika ibu sedang pump, susu tiba-tiba mencurah-curah. For more info boleh baca sini) 
  6. NIP = Nursing In Public
  7. PP = Power Pumping
  8. Tandem Nursing =  Two siblings breastfeed together. Keadaan ini biasanya disebabkan kelahiran twins or jarak anak yang dekat.
  9. Marmet = Cara perahan susu menggunakan tangan
  10. FM = Formula Milk

Ok. So far ini sahaja yang saya rasa berkaitan. Kalau ada yang lain saya akan update nanti.


EBM Storage

In short:


Fresh EBM
Thawed Milk
Suhu Bilik
3 – 4 hrs
N/A
Cooler bag with ice pack
24 hrs
N/A
Refrigerator
3 – 8 days (Depends on muatan dalam fridge tu. Tapi saya usually until 3 days only)
24 hrs
Freezer inside fridge (Fridge 1 pintu)
2 weeks
Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan kembali
Freezer with Fridge (Fridge 2 pintu)
3 months
Deep freezer
6 months – 8 months


Power Pumping

Power pumping (PP) dijalankan untuk meningkatkan hasil susu. Mengikut experience saya sendiri, PP akan nampak kesan selepas 5-6 hari.

Table dibawah ini ialah PP yang duration-nya selama 1 jam menggunakan 10 mins cycle. Saya biasa buat PP selama 1 jam ketika malam and if dekat office duration PP saya only for 20 mins (using 5 mins cycle).  Duration PP ni boleh dilakukan mengikut keselesaan masing-masing. Just make sure cycle pumping tu betul.

Pump type
Duration 1 hour
10 mins
10 mins
10 mins
10 mins
10 mins
10 mins
Double Pump
Pumping
Rest
Pumping
Rest
Pumping
Rest
Single pump / Marmet
Right Breast
Left Breast
Right Breast
Left Breast
Right Breast
Left Breast



Worth to mention
  1. Ajar anak untuk minum susu yang diperah menggunakan botol seawal usianya 2 minggu. Tapi jangan terlalu kerap. Sehari sekali is enough. Ini untuk mengelakkan baby mengalami nipple confusing dan pada masa yang sama memudahkan ibu untuk kembali bekerja.
  2. Terdapat sesetengah bayi yang tidak menggemari EBM yang telah dicairkan. Cara untuk mengelakkan pembaziran berlaku, kita boleh pump susu then store dalam fridge. Apabila suhu fresh EBM tadi telah sama dengan thawed milk, campurkan kedua-dua susu tersebut.
  3. Pumping around 2 am - 5 am sangat menakjubkan. Usually hasil pump time tu berkali ganda dari siang hari.
  4. Apabila susu sudah drop, sangat susah untuk meningkatkan kembali production. Oleh itu pumping mengikut jadual sangat-sangat penting.