Monday, April 29, 2013

Gwiyomi Lyric (with English Subs) ^_^

Title: Gwiyomi
Singer: Hari
Released Date: 2013.02.18

Chocó meopin han jogak sikkyeonohgo
(I ordered a piece of chocolate muffin)

Gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
(and I'm waiting for a cup of savory milk)

Oppahago nahago kkok maju anjaseo
(my oppa (my older boyfriend)and I sit facing eachother)

Seoro sonbadak wie yeoppeun nakseoreul hajyo
(and we doodle in eachother's hands)

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo ( naekko)
(dont look at other women you're mine)

Dareun yeojarang maldo seokjima nan nikkeo ( nan nikkeo)
(dont talk with other women im yours)

Saekgi songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
(please pinky swear and promise me)

Jeldae na honja naeberyeo duji anhgiro
(that you'll never leave me alone)

Il deohagi ileun kiyomi
Ee deohagi eeneun kiyomi
Sam deohagi sameun kiyomi
Kiki kiyomi kiki kiyomi
Sa deohagi sado kiyomi
Oh deohagi ohdo kiyomi

Yuk deohagi yukeun chuchuchuchuchuchu kiyomi nan kiyomi

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
(dont look at other women you're mine)

Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
(dont talk with other women im yours)

Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
(please pinky swear and promise me)

Jeoldae na honja naebeoryeo duji anhgiro
(that you'll never leave me alone)

Hana dul set nun gamgo naege dagawa
(one two three, close your eyes and come to me)

Du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun
(when you touch my cheeks with both hands)

Geu ipseul makgoseo
(as i stop your lips from kissing me)

Il deohagi ileun kiyomi
Ee deohagi eeneun kiyomi
Sam deohagi sameun kiyomi
Kiki kiyomi kiki kiyomi
Sa deohagi sado kiyomi
Oh deohagi ohdo kiyomi
Yuk deohagi yukeun chuchuchuchuchuchu kiyomi nan kiyomi

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
(dont look at other women you're mine)

Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nikkeo)
(dont talk with other women im yours)

Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
(please pinky swear and promise me)

Jeoldae nan honja naebeoryeo duji anhgiro
(that you'll never leave me alone)

Jeoldae na honja naebeoryeo duji anhgiro
(please never leave me alone)



p/s: This song soo cute. Teringat Fateh when listen to this song.. ^_^

Sawan Tangis

Last week, almost 5 malam mama and ayah tak dapat tidur.
Siang ok. Makan, tidur, play macam biasa. Tapi bila malam around 10 pm bermulalah tangisan Fateh.
Fateh menangis sepanjang malam. Fateh memang tak sihat sebab ada ulser. Tapi yang memusykilkan mama and ayah, bila keluar dari rumah Fateh akan berhenti nangis and tidur. Kesian sangat sebab Fateh memang mengantuk sangat tapi tak dapat nak tidur.
Mama dah pikir lain dah. Bagitau ayah, and ayah pun agreed.
Kami rasa something not right in our house!
So, Jumaat, 26 April 2013, mama EL untuk bawak Fateh pergi Darussyifa, Bangi.

Dalam pukul 11.30 mama bawak Fateh pergi. 
Sampai sana kena register. Fateh orang yang ke-36. Giliran time tu 24. Mama doa sangat-sangat jangan sampai kena tunggu lepas sembahyang Jumaat. Tetibe ustaz yang jaga bahagian registration tu panggil nama Fateh. Dia kata biar dia yang tengokkan.
Ustaz mintak air untuk baca-baca. Sebab mama tak bawak air so pergi beli air mineral botol 6 liter kat koperasi Darussyifa. 
Ustaz tanya nak buat apa beli air besar sangat ni. Fateh kecik lagi.. hahaha
Mama cakap boleh buat mandi skali.. hikhik
Lepas tu Ustaz tu riba Fateh and baca ayat-ayat and hembus kat kepala Fateh. Then dia baca-baca and hembus dekat air lak. Lepas tu ustaz ajar kalau baby nangis nak buat macam mana.
"Minta ayahnya baca 3 Qul, then azan lepas tu hembus kat telinga kanan, kiri and ubun-ubun.
Air tu pulak, bagi minum and buat basahkan ubun-ubun. Setiap kali buka penutup air, baca Alfatihah and selawat 7 kali."
 Bila ayah balik rumah ayah bagitau dia pun ada jumpa kawan yang ada menuntut ilmu perubatan Islam.
Kawan dia pun ajar macam yang ustaz kat Darussyifa tu bagitau. And kawan ayah ada bagi jugak minyak kasturi.
Minyak tu sapu kat kedua-dua belakang telinga, kat kening, ubun-ubun, tapak tangan and tapak kaki.
Bau minyak tu sangat wangi.
Tapi kawan ayah cakap
"Kalau kita pakai minyak ni, ada orang kata bau busuk, orang yang menghidu bau busuk tu ada masalah."

Nak dijadikan cerita, malam tu kita keluar ke Putrajaya.
Dalam kereta mama suruh ayah berhenti kat mana-mana toilet sebab mama ingat Fateh poo. Bucuk.
Bukak diaper Fateh, jeng! Takde poo pun.
Err.. Something not right with mama kah? huuu
Tapi mama berfikiran positif. Maybe Fateh kentut that time sebab tu mama bau bucuk.. heee.
Hope memang takde lah.

Back to Fateh, Alhamdulillah Fateh getting better.
Dah dapat tidur, minum susu and makan macam biasa. Mama rasa sebab ulser Fateh dah ok jugak.
Maybe boleh jadi one of the reason Fateh boleh tido macam biasa.
Apepun, mama akan buat apa saja untuk anak mama tersayang. :)

*Panduan nak ke Darusshifa*
Sila bawak air
Tapi dorang ada jual air mineral and air zam-zam dekat koperasi.
Ustaz Haron Din hanya bertugas pada hari Selasa.

Thursday, April 25, 2013

Ulser

I HATE ULSER SO MUCH RIGHT NOW!
Kenapa Fateh yang kena? Kenapa bukan mama ke, ayah ke?
Sedih sangat mama bila Fateh nangis-nangis lapar tapi taknak minum susu.
Sepanjang malam menangis. Tido pun kejap-kejap je.
Mama pun dah ting-tong ni dua malam tak cukup tido.

Paling menyedihkan mama, Fateh nak susu tapi bila mama sua susu, Fateh baru nak masukkan dalam mulut, 
then terus berpaling kelain sambil nangis-nangis.
Last-last mama kena keluarkan pam semalam. 

Dah bagi ubat spray yang doctor Nazim bagi tapi macam takde kesan pun.
If esok still takde changes, An-Nur Jalan Reko jugak lah nampak gayanye.

Ya Allah sembuhkan anakku Fateh Hilmi.
Sedih hati ni tengok anak mama kesakitan. :'((

p/s: Ada petua kata if kena ulser ubatnye sapu margarine. Tapi margarine tak elok so mebi boleh replace dengan butter kot.. huhu.
Tapi Fateh punya ulser dekat tekak. How lah nak sapu. Sigh~

Wednesday, April 24, 2013

Demam Lagik

Fateh demam lagi.
Kali ni demamnya lain macam sikit. Mula-mula kepala je panas. Badan ok je. Dekat tengah-tengah malam badan panas tapi tapak tangan and kaki sejuk.
Kesian Fateh mama..
Mama syak Fateh penat. Lepas balik dari Penang, tiap-tiap malam keluar basuh baju kat office ayah gara-gara takde air kat rumah. 
Grrrr!!! Marah betul mama.

Bila dah demam Fateh tak dapat tido. Pukul 4 Fateh terjaga. Mama check diaper Fateh basah. Pastu Fateh mengigil-gigil. Rupenya anak mama kesejukan! Mama ingat Fateh panas sebab badan panas. Mama tukar diaper, tukar baju, tukar bilik. 
Tido bilik tengah tanpa kipas, aircond and berselimut. Barulah Fateh dapat tido lena sikit lebih kurang 2 jam.

Pagi-pagi Fateh bangun agak meragam.
Ayah bagi ubat demam. Lepas tu Fateh mandi macam biasa. Alih-alih dah sihat eh. 
Fateh Fateh.. Dapat main air terus hilang sakitnya.
*geleng kepala*

Tengahari tadi mama call bibik cakap Fateh OK.
Aktif and ceria.
Alhamdulillah.
Semoga Fateh tak demam dah malam ni ye sayang
*hugs*

Monday, April 22, 2013

Penang Trip

Jumaat, 19 April 2013:
Bertolak pukul 10 pagi. Sampai kat hotel pukul 4 petang. Macam balik kampung dah.. Mane taknye, boleh kata setiap RnR berenti.. hehe. Takpe la sampai lambat asalkan enjoy :D
First day ni check in kat hotel kat Batu Feringgi, EQ Feringghi.

Review hotel:
Location kira agak strategik sebab memang boleh jalan kaki je ke Pasar Malam Batu Feringgi. Turun bawah terus ada gerai makanan. 
Service tak best sangat. Masa bayar deposit, senyap je takde confirmation pape pun.
 Bilik yang kitorang duduk tu hujung skali. Aircond tak berapa sejuk and bilik tu sendiri panas sangat. Bangunan and susunan bilik lak macam hostel.. Apepun ok la. Since harga dia murah, so berbaloi lah..

Petang tu around 6 pm kami pergi menghirup angin pantai. Ceewah.
Yang kelakarnye, Fateh takut dengan ombak.. hihi. Kalau kat swimming pool kemain lagi eksyen.
Sambil-sambil lepak tu sempat la pekena laksa Penang and rojak. Taste, biasa-biasa je. Tak umph! and agak mahal.
Malam tu lak kami turun makan kat gerai bawah pekena Char Koey Teow. Tak silap nama gerai tu "Mady Char Koey Teow". Taste dia ok la. Sedap.
Then kami berjalan-jalan sekitar pasar malam tu. Sempat la beli fridge magnet and mainan gendang Fateh..

Sabtu, 20 April 2013:
 Breakfast kat kedai mamak dekat hotel tu. Makanan cam biase la. Standard mamak.
Lepas tu kami gerak ke Butterfly Farm, lebih kurang 15 minit kot dari hotel.
Tiket masuk adult RM 18, Fateh free.
Kawasan dia kecik je tapi ok la untuk Fateh belajar kenal butterfly.
Ada gak ulat gonggok gergasi yang menggelikan, ada kolam ikan, itik, and serangga-serangga lain.

Review: 
Boleh datang ramai-ramai sebab agak menyeronokkan jugak.

Then dah penat berjalan and bergambar dengan rama-rama, kami balik ke hotel and berehat.
Pukul 12 kami checkout and terus ke kenduri Shepa & Man.

Lepas balik kenduri kami mencari lokasi second hotel untuk dihinggap. Dah book awal-awal Hotel 1926 Heritage. Seperti namanya, hotel ini sangat klasik.

Review Hotel:
Service ok. Cume tak puas hati sebab dua kali pergi mintak pool towel tapi tak dapat-dapat.
Harga berpatutan. Bilik banyak nyamuk tapi disediakan ubat nyamuk maka malam tu boleh tido lena.
Yang paling tak puas hati ialah lantai kayunya itu. Since bangunan lama, so lantai dia dah agak rosak. Risau sangat takut kaki Fateh terkepit kat celah-celah kayu tu. Tapi alhamdulillah tak terkepit.
Swimming pool dia agak best even kecik je and ramai mat and minah saleh berjemur. Maksiat mata untuk Ayah Fateh.. 

Petang tu kami pergi ke Padang Kota Lama sambil-sambil jumpa Kak Nani.
Makan mee sotong. Orang beratur kemain panjang, tapi bila kami makan biasa je rasanya. ABC situ sedap gak. Tempat makan tu tepi Fort Cornwalis, lupa exact name dia.
Lepas tu pusing-pusing Georgetown. Cari jeruk kat Chowrasta, beli baju Penang as souvenir untuk Fateh.

Malam tu lepak dengan Ika, Hafiz and Hariz. Fithri nak makan passembur. Maka Hafis pun melayan bawak kami makan passembur. Tempat tu tak sure kat mana since kami mengekor je.. hehe
Passembur ok, kami makan Koey Teow Kungfu yang sedap.

Ahad, 21 April 2013:
Bangun pagi-pagi, breakfast kat hotel tu je sebab nak jimat masa.
Lepas tu kami terjun tiruk kat swimming pool. Fateh biase la dah jumpe favorite dia memang tak ingat dunia. Dah main air almost sejam pun payah nak naik lagi..huhu
Lepas tu naik hotel kami siap-siap untuk checkout. Sementara tunggu Ika and family sempat la Fateh tido seround.
Then kami gerak ke Bukit Bendera. Hujan renyai-renyai. Tapi bila sampai kat stesen train tu hujan dah stop.
Alhamdulillah orang tak ramai sangat. So tak lama lah menunggu. Fateh naik train tapi still cakap bas.. haha. Penggemar bas sejati. Train dia dah canggih ala-ala ERL dah.
Naik atas pusing-pusing. Ada Owl museum tapi rasa macam tak berbaloi nak masuk. Ticket RM 10/adult.
Minum-minum kat food court then kami turun.

Lepas tu terus gerak ke jeti. Masa datang naik jambatan dah. So balik kami nak naik feri.
Feri pun Fateh panggil bas. Adehh anak mama ni.. huhu

Dalam pukul 3 kami sampai ke Butterworth. Then gerak balik.
Penat but worth it.
Sampai rumah pukul 9 malam. Bukak paip aiyak takdak.
Huwaaa!!!




Wednesday, April 17, 2013

Solat, Azan, Zikir dan Iqra

Baru-baru ni Fateh menunjukkan skill sujud.
Kelakar tapi pada masa yang sama sejuk ati mama tengok anak mama solat.. 
Solat cara budak umur setahun paham-paham la macam mana kan hehehe. Mintak-mintak la sampai besar Fateh akan menunjukkan minat untuk solat. Kalau tak bila dah 7 tahun nanti mama kena rotan Fateh la if malas nak solat.. Fateh anak yang soleh. Mesti tak payah rotan-rotan kan Fateh? :)

Masa 11 bulan dulu pandai angkat takbir and berzikir "Allah, Allah". Pantang mama and ayah cakap Allahuakbar, cepat-cepat angkat takbir.
Lepas tu dah pandai azan lak. Dengar je azan kat TV, cepat-cepat tangan kat telinga. hehe. Comel sangat Fateh ni tau..
Sekarang dah belajar sujud. 
Kalau duduk antara 2 sujud tu Fateh mencangkung.. haha
Bila sujud, memang satu muka kat lantai. Lepas tu bangun nangis-nangis sebab sakit hidung.. haha.
Adoi la Fateh..
Nanti mama try snap picture. Selalunya tak sempat nak snap.

Sekarang mama tengah berusaha ajar Fateh Iqra'.
Ikut teknik Al-Furqan, first huruf is "Ma (Min). Lepas tu "Ba" and "Da".
Masalahnya Fateh tak lepas-lepas lagi dengan "Ma" tapi flash card "Ma" dah koyak-koyak.. 
Fateh, Fateh.. huhu
Mama will keep trying. Aja-aja fighting!!

Thursday, April 11, 2013

Hada Labo

Semalam saya received sample Super Hyaluronic  Acid Moisturizing Lotion from Hada Labo. 
Saya pun dah tak ingat bila saya request.. haha
Kecik cinonet je sample-nye. Dah nama pun sample kan? Kalau nak yang gabak tu beli sendiri la oi.. hihi

Cakap pasal Hada Labo ni, saya sekarang pakai dia punya BB Cream. 
Air BB Cream namenya.
Review: saya sukaaaaaaaaaaaa!!
Dia blend well kat muka and nampak natural gittew..
Dulu saya pernah pakai Maybelline and Silkygirl. Dua-dua tak abis pakai. Last-last saya baling masuk tong sampah..
Tapi dengan Air BB cream, pasti tidak masuk tong sampah lagi.. gahaha.


Oh ya..
Skali dengan sample tu ada passcode untuk 30% off Hada Labo product.
Since saya tak berniat nak purchase apa-apa so saya share sini kot-kot ada yang nak guna.
Passcodenya ialah XFBRG4M55
Valid for one 30 days, which is until May 2013 and can be use for one time purchase only.
So siapa cepat dia dapat :)
Login to www.shoponline.hadalabo.com.my and enter the passcode.
Hurry!

Wednesday, April 10, 2013

Tanpa suara Fateh Selama Beberapa Jam


Mama balik dari kerja and Fateh tengah tido. 
Mama makan, mandi and rehat-rehat.
Mama rasa sunyiiii sangat.
Padahal baru sejam lebih mama kat rumah ni. 
Lepas tu mama kacau-kacau Fateh tido.. Mama kiss Fateh, angkat Fateh keluar buai. Letak atas katil. Tapi Fateh sambung tido lagi.. Penat betul si comel mama ni.
Fateh bangun la~~
Mama rindu dengan keletah buah hati mama ni..
Dalam dok mengacau Fateh sedar-sedar dah pukul 10.
Nampaknya mama yang akan join Fateh anytime soon ni..hehe
Good night!



Routine

Mama sangat bersyukur sebab Fateh senang sangat dijaga.
Rutin harian jarang berubah. Masa mama mula-mula masuk kerja dulu, macam-macam halangan sungguh mama rasa. Mama pelik gak orang lain kata susah nak jaga Fateh. Fateh nangis la, Fateh taknak susu la, Fateh itu Fateh ini. Mama risau sangat time tu. Then mama discovered something...
Fateh taknak duduk rumah orang / sekolah!
Then mama hire bibik untuk jaga Fateh. Terus everything ok.
But until now mama tak tau kenapa Fateh taknak duduk rumah orang or nursery...
Rutin harian Fateh sangat teratur.


Jam
Aktiviti
7:00 AM
Good Morning world! Fateh bangun pagi~
8:30 AM
Mandi~~~
9:00 AM
Breakfast
10:00 AM
Tido again~
11:30 AM
Bangun tido
12:00 PM
Mandi lagi ~~~~
1:00 PM
Lunch
2:00 PM
Main-main
3:00 PM
Tido again~
4:30 PM
Bangun tido
5:00 PM
Main-main, pegi playground
6:00 PM
Mandi~~~
7:00 PM
Dinner
8:00 PM
Sweet time with Mama & ayah - Main-main, belajar, tengok tv
9:00 PM
Mengantuk dah….
9:30 PM
Good Night world~

See...
Senang sangat jaga Fateh. Memang la sometimes ada masa yang Fateh meragam taknak tido, nak main je. Bagi mama normal la kan. Fateh manusia biasa gak..
Apepun Fateh memang good boy mama.
Hopefully Fateh akan sentiasa menjadi good boy mama yang senang dijaga sampai bila-bila.
Thanks Allah..
♥♥♥

Tuesday, April 9, 2013

Perihal Savings

Saving is so-so-so important. Mama bukan orang yang banyak duit incase anything happen. So apa yang boleh mama buat untuk Fateh is sediakan saving sebanyak mungkin.
As for now, Fateh dah ada 3 different savings. 
How mama arrange all three savings ni as below:-

Tabung Haji: Semua duit-duit hadiah untuk Fateh yang dapat masa lahir, aqiqah, raya and etc. Tabungan syiling pun semua goes into TH.
ASB: Mama masukkan bulan-bulan
SSPN: Monthly contribution by Ayah

And not to forget, lagi satu insurans Fateh. PruBSN yang mama ambik dengan kawan mama, Auntie Faza.
Anyone out there, if nak ambik insurans boleh try contact my friend:
Agent Prudential Bertauliah - Faza @ 018 200 6283.
Her service is good so far. Highly recommended!

Monday, April 8, 2013

Pengalaman Paling RARE

Ayah oh ayah..
Tak pernah dibuat orang lagi rasanya tertinggal stroller kat parking.. hehehe
Ceritanya begini...

Last Saturday - 6 Apr kami ke Mid Valley sebab nak pergi beli barang-barang Fateh kat baby fair. Orang kat sana, masyaAllah ramai yang amat. Melilau kami mencari parking. Lepas mama dah hembus segala ayat-ayat nak memudahkan dapat parking, maka kami dapatlah parking kat B4 The Gardens.

Lepas parking, acara menunggu lift yang hazab sangat bermula. Berpuluh minit masa terbuang sebab menunggu lift yang ibarat tak kunjung tiba. Lastly kunjung jua. Kami yang menunggu ni nak naik kejong dah.
 Lepas tu ok la.
Pergi ke baby fair, beli apa-apa yang patut dan juga yang tak patut ada gak terbeli.. hehe. Lepas ke baby fair, pergi makan Carl's Jr. Lepas tu bawak Fateh pergi Pet World. Kemain excited lagi Fateh tengok cats. Siap bercakap-cakap dengan cat sampai orang kerja situ pun gelakkan Fateh.. hihihi. Lepas tu pergi solat maghrib. Then pergi Jusco jap. Then nak balik dah. Di sini bermula kisah hitam ini.. haha

Menunggu lift nak ke parking satu cerita dah..
Bila dah sampai parking, tetibe ayah cakap "Eh, ticket parking tak bayar lagi la". Tengok kat area situ takde lak tempat bayar parking. Masa tu ayah tengah masukkan barang-barang. Mama pun pegi tanya ade 1 pasangan Chinese yg tengah nak keluar parking. Dorang cakap ada kat level G je. Kat lain memang takde. Kena naik lift balik. Hadoiii!!

Terus ayah kelam kabut. Dia kata kita try tengok kat basement atas-atas dulu kot-kot ade tempat bayar and terus la kami naik kereta. Skali ade je tempat bayar kat B1 and B2. Tipu punya apek! Lepas bayar kami keluar parking dengan hati yang gembira. OTW balik tu siap gelak-gelakkan satu kereta honda city kat depan lagi sebab ada cicak hidup melekat kat plate number dia. haha. Sampai rumah, masa nak turun kereta bibik tanya mana beg merah Fateh? Ayah dengar word beg merah terus turun kereta cepat-cepat and bukak bonet kereta and..

"STROLLER TERTINGGAL!!!"

Berderau darah mama dengar.
Mula-mula ingat ayah bergurau tapi tengok kat bonet memang kosong.. 
Waaaa..!!!

Masuk rumah mama terus on PC google no fon security The Gardens. Punya la payah nak cari last skali jumpe gak. Call dorang and inform la the story. Dorang cakap dorang akan pergi round kawasan tu. First call dorang cakap stroller tu dah takde. Maybe dah ada yang ambik sebab time ktorang keluar tu peak hour. Sedih sungguh mama. Siap marah-marah ayah lagi sebab careless. Tiba-tiba 10 minit lepas tu dorang call lagi and inform stroller dah jumpe! Alhamdulillah. Ada lagi rezeki Fateh nak guna stroller tu. Mama mintak dorang simpankan and esok akan pergi ambik.

Keesokkan harinya, mama pergi balik kat The Gardens. Ayah kerja, so no choice. Mama kena pergi sendiri. Dengan muka tebal, mama buat-buat selamba jela pergi ambik. Padahal dalam hati malu yang amat. Tak pernah lagi kot ade orang tertinggal stroller kat parking. Pegawai security tu pun gelak-gelakkan mama. Ini semua angkara Ayah!! huhu

Anyway, thanks kepada pihak security The Gardens.
I would say that you have provided an excellent services. Congrats!
Here is the security control room phone number if anyone need it in future (operates 24 hours)
Mid Valley: 03–2938 3244
The Gardens: 03–2289 8777

And of course, thanks to Allah too.. :)

Thursday, April 4, 2013

Happy Birthday to Me

I turned 27 today.
Rasa macam baru je 24 tahun dah tetibe bertambah 3 tahun.. Cepatnya masa berlalu..
Nanti sedar-sedar dah 37 tahun. Time tu Fateh dah 11 tahun.. hehe

Hmm.. Apa pencapaian yang saya dah dapat sepanjang 27 tahun hidup di muka bumi Allah ni ya?
So far Alhamdulillah.
Walaupun pencapaian tak bombastik macam orang lain tapi saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

Saya ada suami yang sedang meningkat kebuncitannya tapi sayangkan saya seadanya, hehe
Saya ada anak yang saya rasa paling comel didunia pada pandangan mata saya,
Saya ada keluarga dan keluarga mentua yang memahami,
Saya ada kerjaya yang agak stabil dan saya suka what i'm doing now,
Saya ada Angel yang saya sayangi dan tak pernah meragam,
dan saya ada kawan-kawan yang sentiasa menyokong saya.
Walaupun kadang-kadang kesihatan saya tak berapa baik, tapi saya bersyukur sebab saya bukan sakit sepanjang masa.
Allah memberi saya peluang untuk merasa sakit skali-skala. Apa salahnye kan? :D

Semoga umur 27 tahun ini, segalanya akan bertambah baik dan memberi lebih makna kepada saya.
Ya Allah, kepadamu aku meminta.

P/S: Pagi tadi saya call ma saya and sebelum letak saya cakap " Terima kasih ma sebab lahirkan Farah". Ma saya terdiam..huhu.
Saya harap suatu hari nanti Fateh akan ucapkan terima kasih jugak sebab lahirkan dia  :)

Wednesday, April 3, 2013

Smile of the Month

Mama berazam nak upload picture Fateh every month. Nanti boleh tengok tumbesaran Fateh month by month..
So here goes picture of my little hero @ 1.2y


Perkembangan:
1. Vocab baru nak, air, bas, dah, takade
2. Menunjukkan minat yang mendalam terhadap kenderaan berat. Truly anak jantan.. hehe
3. Gigi taring atas dua-dua start tumbuh
4. Dah faham bila mama and ayah nak go to work. But sometimes ada gak nak ikut.. huhu
5. Pegang gelas minum air sendiri.
6. Buat-buat batuk
7. Bila kentut, sengih-sengih malu pastu buat bunyi kentut.. hihi. Comelsss
8. Minat sangat dengan suis lampu, kipas and mesin basuh.. Nak jadi engineer agaknye anak mama ni..
9. Suka pergi playground. Kegemarannya slider
10. Dah start berus gigi guna ubat gigi :)

Oh Anakku Fateh...

Huarghhhh!!! 
I'm so sleepyyyyyyyyzzzzzzzzzzzz.

Malam tadi Fateh meragam. Menangis-nangis dekat stengah jam gak la.
Mula-mula mama ingat Fateh mengigau sebab Fateh nangis tapi mata pejam.. hihi
Rupanya Fateh sakit perut. Putput kentut masa mama dukung.. hehe
 Mesti sebab Fateh makan limau masa Maghrib tu kan..

Bila mama urut perut and betis Fateh, terus diam. Kecik-kecik dah suka urut..
Tak ikut jejak langkah mama langsung kalau bab urut ni.. huhu

Lepas dah lega perut, mama bawak masuk bilik tapi Fateh dah tak mengantuk agaknya. 
Nak main pulak.. Mama and ayah punya la mengantuk. It was 2 am kot..
Last-last mama masukkan Fateh dalam buai and teruslah Fateh dibuai mimpi.
And mama pun terpaksalah berkelah kat ruang tamu. Bawak semua blanket and bantal-bantal..
Tak selesa tido atas carpet. Sakit belakang mama. Tapi takpelah, demi Fateh.
 Ni kat office mama rasa tak boleh nak bukak mata dah gara-gara berjaga sebab Fateh sakit perut. Tapi takpe sebab mama sayang Fateh.