Monday, April 29, 2013

Sawan Tangis

Last week, almost 5 malam mama and ayah tak dapat tidur.
Siang ok. Makan, tidur, play macam biasa. Tapi bila malam around 10 pm bermulalah tangisan Fateh.
Fateh menangis sepanjang malam. Fateh memang tak sihat sebab ada ulser. Tapi yang memusykilkan mama and ayah, bila keluar dari rumah Fateh akan berhenti nangis and tidur. Kesian sangat sebab Fateh memang mengantuk sangat tapi tak dapat nak tidur.
Mama dah pikir lain dah. Bagitau ayah, and ayah pun agreed.
Kami rasa something not right in our house!
So, Jumaat, 26 April 2013, mama EL untuk bawak Fateh pergi Darussyifa, Bangi.

Dalam pukul 11.30 mama bawak Fateh pergi. 
Sampai sana kena register. Fateh orang yang ke-36. Giliran time tu 24. Mama doa sangat-sangat jangan sampai kena tunggu lepas sembahyang Jumaat. Tetibe ustaz yang jaga bahagian registration tu panggil nama Fateh. Dia kata biar dia yang tengokkan.
Ustaz mintak air untuk baca-baca. Sebab mama tak bawak air so pergi beli air mineral botol 6 liter kat koperasi Darussyifa. 
Ustaz tanya nak buat apa beli air besar sangat ni. Fateh kecik lagi.. hahaha
Mama cakap boleh buat mandi skali.. hikhik
Lepas tu Ustaz tu riba Fateh and baca ayat-ayat and hembus kat kepala Fateh. Then dia baca-baca and hembus dekat air lak. Lepas tu ustaz ajar kalau baby nangis nak buat macam mana.
"Minta ayahnya baca 3 Qul, then azan lepas tu hembus kat telinga kanan, kiri and ubun-ubun.
Air tu pulak, bagi minum and buat basahkan ubun-ubun. Setiap kali buka penutup air, baca Alfatihah and selawat 7 kali."
 Bila ayah balik rumah ayah bagitau dia pun ada jumpa kawan yang ada menuntut ilmu perubatan Islam.
Kawan dia pun ajar macam yang ustaz kat Darussyifa tu bagitau. And kawan ayah ada bagi jugak minyak kasturi.
Minyak tu sapu kat kedua-dua belakang telinga, kat kening, ubun-ubun, tapak tangan and tapak kaki.
Bau minyak tu sangat wangi.
Tapi kawan ayah cakap
"Kalau kita pakai minyak ni, ada orang kata bau busuk, orang yang menghidu bau busuk tu ada masalah."

Nak dijadikan cerita, malam tu kita keluar ke Putrajaya.
Dalam kereta mama suruh ayah berhenti kat mana-mana toilet sebab mama ingat Fateh poo. Bucuk.
Bukak diaper Fateh, jeng! Takde poo pun.
Err.. Something not right with mama kah? huuu
Tapi mama berfikiran positif. Maybe Fateh kentut that time sebab tu mama bau bucuk.. heee.
Hope memang takde lah.

Back to Fateh, Alhamdulillah Fateh getting better.
Dah dapat tidur, minum susu and makan macam biasa. Mama rasa sebab ulser Fateh dah ok jugak.
Maybe boleh jadi one of the reason Fateh boleh tido macam biasa.
Apepun, mama akan buat apa saja untuk anak mama tersayang. :)

*Panduan nak ke Darusshifa*
Sila bawak air
Tapi dorang ada jual air mineral and air zam-zam dekat koperasi.
Ustaz Haron Din hanya bertugas pada hari Selasa.

1 comment:


  1. Info yang menarik mengenai rawatan sawan tangis dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran. Memang sawan tangis kerap dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Namun ia juga ada dikaitkan dengan masalah penghadaman bayi seperti kembung perut dan asid reflux. Tidak semua sawan tangis memerlukan perhatian daripada doktor. Cuba tips-tips rawatan sawan tangis seperti mengkhayalkan bayi dengan bunyi muzik atau bacaan Al-Quran dan peluk bayi dengan rapat sebelum membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

    ReplyDelete