Tuesday, December 15, 2009

My greatest condolence to my friend, Teh

Kisah pengantin 3 jam memang menggemparkan. Semua turut bersedih diatas kejadian yang menimpa pasangan Teh dan arwah Ariff, seolah-olah semua mengenali pasangan tersebut. Tapi sememangnya aku mengenali si isteri. Teh Afifah Syahirah, my x-schoolmate masa kt MRSM Beseri dulu. Kami pernah sekelas and sama-sama koop-ian. Dia memang seorang yang lemah-lembut tapi gila-gila.

Aku mula-mula dapat berita tentang kejadian tu bila Farah Lee hantar message kt fb. Memang terkejut gila aku dengar berita tu. At the same time, aku tertanya-tanya jugak bila Teh kahwin since tak pernah dengar pun ura-ura dia nak or dah kahwin. Tapi malam tu bila aku tengok buletin utama, rase nak luruh jantung aku bila tau Teh baru je kahwin 3 jam before kemalangan tu. Memang aku betul-betul terkedu weh. Tak sangka sesingkat itu bahagia yang dirasa oleh Teh.

Untuk Teh, sabarlah wahai sahabat. Ingatlah bahawa Allah tak akan menduga hambanya jika DIA tahu hambanya itu tidak mampu menanggung dugaan itu.
Alfatihah buat arwah Ariff..

7 comments:

  1. kwn mu ke? siannye ke die.. :(
    al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. huhu..sgt sedih dowh die..hurm..takpe mungkin ada kebahagiaan yang lain untuk die..huhu

    ReplyDelete
  3. ha'a kawan aku. Tu la, sangat sedih mengenangkan kisah dia. Tapi takde ape yg mampu kita buat untuk menhilangkan kesedihan dia. Kita just boleh tolong doakan semoga dia tabah mengharungi dugaan dan akan ada sinar bahagia lagi untuk dia.

    ReplyDelete
  4. Sedih sangat...hati kena btul2 kuat weyh nak ngadap tuh semua..huhuhu...tak blh nk byg bnde mcm nih..huhuhu...alfatihah~~

    ReplyDelete
  5. tu la. mmg Teh tu betul-betul kuat sbb tu Allah uji dia macam tu. Allah tau dia mampu menanggung ujian macam tu.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. arwah husband die classmate kwn aku ms skol.
    mase aku kol mak aku citer ade org baru nikah eksiden, mak aku ckp 'tu sedare kite gak la'. Tok Su aku baru aje pegi umah arwah(mebi yg suppose jadik knduri kawen la kot).

    cedeyy tol. ajal da memisahkan mereka. Allah lbh sayangkan arwah sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. oo. sedara-mara ko jugak la arwah ariff tu. kesian kalau fikir kan. belajar tinggi-tinggi, dapat keje elok tapi umur tak panjang. yang mat-mat rempit, peragut-peragut jahat tu panjang pulak umurnya..huhuhu

    ReplyDelete