Kisah pengantin 3 jam memang menggemparkan. Semua turut bersedih diatas kejadian yang menimpa pasangan Teh dan arwah Ariff, seolah-olah semua mengenali pasangan tersebut. Tapi sememangnya aku mengenali si isteri. Teh Afifah Syahirah, my x-schoolmate masa kt MRSM Beseri dulu. Kami pernah sekelas and sama-sama koop-ian. Dia memang seorang yang lemah-lembut tapi gila-gila.
Aku mula-mula dapat berita tentang kejadian tu bila Farah Lee hantar message kt fb. Memang terkejut gila aku dengar berita tu. At the same time, aku tertanya-tanya jugak bila Teh kahwin since tak pernah dengar pun ura-ura dia nak or dah kahwin. Tapi malam tu bila aku tengok buletin utama, rase nak luruh jantung aku bila tau Teh baru je kahwin 3 jam before kemalangan tu. Memang aku betul-betul terkedu weh. Tak sangka sesingkat itu bahagia yang dirasa oleh Teh.
Untuk Teh, sabarlah wahai sahabat. Ingatlah bahawa Allah tak akan menduga hambanya jika DIA tahu hambanya itu tidak mampu menanggung dugaan itu.
Alfatihah buat arwah Ariff..