Geng-geng saya yang ada baby kecil sekarang ni ada problem anak susah nak tido malam. Anak-anak menangis dan tak dapat tido.. Dalam diskusi, kami meneka-neka adakah Baby Danisha and Baby Umar kena ganggu dengan syaitonnirojim laknatullah.
Then saya teringat pasal sorang kawan saya dulu dia dan keluarga kena gangguan. Dia ada cerita kat saya pasal Ayat Ruqyah. Tapi lepas tu saya lupa pulak pasal tu.. Bila geng-geng saya ada problem ni baru saya teringat balik. Tu pun lepas google sana-sini.. Thank you google kerana mengembalikan ingatan saya kepada cerita seram itu..
T____T
Memandangkan penyakit short term dan long term memory saya semakin parah, untuk rujukan akan datang saya create satu entry. Mana tau satu hari nanti saya perlukan info pasal ni.
Disclaimer: Semua info dibawah adalah ihsan dari google..
Tanda-tanda bayi diganggu makhluk halus:
- Mata melilau sekeliling
- Menangis tapi tiada air mata
- Menangis seolah-olah dicubit
- Menangis dalam ketakutan
- Tidur terkejut-kejut
- Tidur berselang seli dengan menangis
- Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari.
Langkah-langkah penenang:
1. Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
2. Bacakan
pada bayi ayat-ayat Al-Quran ( Al-Fatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk
menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.
3. Jika
anda tidak dapat melakukanya sendiri ,minta pasangan anda pegang dan
tenangkan bayi sementara anda membaca ayat-ayat tadi diatas semangkuk
air dan sapulah pada bayi (lakukan seperti mengambil wudu pada bayi)
4. Ambil semangkuk air campurkan 3 keping asam
keping. Bacakan Al-Fatihah 11 kali , selawat 11 kali dan basahkan
dibahagian ubun-ubun bayi.
Ayat Ruqyah
Ayat Ruqyah digunakan untuk mengesan samada dalam diri kita ni ada makhluk halus a.k.a jin atau tidak.
Ayat ini menggabungkan beberapa ayat Al-Quran. Sila google untuk mengetahui ayat-ayat tersebut dari surah mana dan ayat ke berapa.
Caranya untuk mengesan kehadiran makhluk halus dalam badan adalah seperti dibawah:
1. Pasang ayat Ruqyah dan dengar dengan teliti
2. Pejam mata. Jangan ikut bacaan ayat-ayat tersebut samada di mulut mahupun di hati. DENGAR je.
3. Sekiranya terasa berpeluh, jantung berdegup kencang dan berdebar-debar, mual dan nak muntah, pening, mengantuk, sendawa dan terasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit..
Itu bererti badan anda dihuni jin. Segeralah berjumpa dengan ustaz-ustaz yang mampu mengubatinya.
Besedia untuk scan samada ada jin dalam badan anda?
Cara- cara menggunakan Ayat Ruqyah:
- Bagi
kesihatan diri dan keluarga, pasangkan Ayat Ruqyah ini didalam rumah/premis
perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi. Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya didalam
kereta. Kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu
pemanduan.
2. Bagi anak-anak yang menangis
diwaktu malam, perlu pasangkan dengan kuat. InsyaAllah jin dan syaitan
akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
3. Untuk merawat
histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,
buka penutupnya dan pasangkan Ayat Ruqyah ini 3 kali disebelah air tadi
(kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3 kali sehari
dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas
solat perlu baca Ayat Qursi 3 kali dan Surah Al-Insyirah 3 kali secara
istiqamah. Kemudian sebelah malamnya pula, bacaan Ayat Ruqyah ini hendaklah
dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
4. Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, pasangkan 3 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.
5.
Jika sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan
Ayat Ruqyah ini 3 kali sehari. InsyaAllah kita dengan izin Allah, akan
kembali cergas dan kembali bersemangat.
Wallahualambissowab
Kita berusaha, semoga Allah membantu kita..