Wednesday, March 27, 2013

Thank You and See You Again!

Finally, the time for my little friend berehat seketika telah tiba.. I officially stop expressing my milk today.
Mama pilih date 27 March 2013 sempena birthday Fateh yang ke setahun dua bulan. So senang nak ingat milestone of achievement.. hehe.

***************************
5.5 mo: Start makan
7 mo: Start campur FM
1.2 yr: Stop EBM 
2 yr: InsyaAllah stop BF
**********************************************

Thank you my dear Medela. You have been a very good friend to me.
Rest well ok. Khidmatmu masih diperlukan pada masa akan..
See you again in x year(s).. ;p

Tuesday, March 26, 2013

Luahan Hati Seorang Mama

Fateh sekarang manja sangat dengan bibik.
Bila tak nampak bibik depan mata, terus nangis-nangis cari bibik kat dapur.  Tak jumpa kat dapur pergi ketuk-ketuk pintu bilik bibik. Bila nangis tak sihat, memang nak ngan bibik je. Mama ambik terus nangis. Mama offer susu pun tak layan. Nasib baik Fateh still breastfeed. So nak tak nak malam-malam memang Fateh kena tidur dengan mama. Bila tanya "Fateh sayang mama?" Pandai pulak Fateh cepat-cepat kiss pipi mama. Dari kecik mama bacakan Alamnashrah hembus kat ubun-ubun Fateh, tapi Fateh still manja dengan bibik. Kat mana lah silap mama ni?

Mama pujuk diri sendiri..

Bibik sepanjang hari dengan Fateh.
Bibik yang prepare bubur Fateh.
Bibik yang mandikan Fateh pagi, tengahari and petang.
Bibik yang basuhkan poopoo Fateh.
Bibik teman Fateh tengok TV.
Bibik teman Fateh main.

Mama?
Mama kat office sepanjang hari.
Mama keluar rumah pukul 9 pagi balik pukul 7 malam.
Balik rumah mama makan, Fateh duduk main dengan bibik
Mama mandi, Fateh main dengan bibik.
Mama dah siap-siap semua, Fateh dah mengantuk.
Mama susukan Fateh, then Fateh tido.
Fateh tak sempat main dengan mama.
Tak sempat tengok TV dengan mama.
Tak sempat belajar dengan mama.
Semuanya tak sempat!!
Esok pagi Fateh bangun,
Mama tengah sibuk bersiap nak pergi kerja.
Mama breakfast, Fateh mandi dengan bibik,
Mama nak keluar rumah, Fateh bye-bye, kiss, salam,
Mama tinggal Fateh dengan bibik,
lagi sekali...

Maafkan mama Fateh. :'(

Sedihnya Ya Allah..
Mama akan terus mencuba untuk jadi mama yang terbaik untuk Fateh
Semoga mama diberi kekuatan untuk membantu terus keluarga kita. Ok air mata nak tumpah. 
I should stop here..

Fateh's Favourite Song Sepanjang Zaman

Mama start tunjuk vid ni kat youtube since Fateh 4 month. 
Sejak dari tu sampailah sekarang, ni lah lagu terpaling feveret Fateh. Bila dengar intro je dah mula clap, clap..
Now Fateh dah tau clap apa, stomp apa and bila hooray angkat dua-dua tangan.. hehe
Sooo cutelah anak mama ni :)

Monday, March 25, 2013

Wojibun Bawak Bila Travel Jauh

Last week balik kampung.. Bila sebut bab balik kampung ni, packing la benda paling last nak pikir. Excited nak balik kemain, tapi bab packing malas yang amat. And bila dah ada anak , barang-barang anak la yang terpenting. Tapi last week, boleh lak Mama tertinggal diapers Fateh. Deiii!! Ape punya mak la.. ahahaha. Dah la sampai kampung malam. Kelam kabut nak pergi kedai since kedai kat kampung manela ade kedai yang 24 hours.. 

Bila dah berjalan jauh, mulalah Fateh menunjukkan symptom ketidaksihatannya. Mama lak bijak bestari bawak balik ubat demam je. Yang lain semua kelaut.. hihihi. Dah tu, last week masa Fateh demam kat kampung, tetibe meragam taknak bf. Cari susu Isomil kat kampung tak jumpa. Sadis betul! So next time jangan lupa barang-barang dibawah wahai mama ye :)

1. Ubat deman & selesema
2. Cool fever
3. Formula milk
4. Botol susu
4. Penyedut hidung/ hingus
5. Cotton buds
6. Termometer

P/S: Penang, see u on 19th April :)

Monday, March 18, 2013

Shoes shoes shoes

Baru pandai jalan 2 bulan stengah ni.. 
Agaknye lagi setahun berapa pasang la.. huhu