Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

seribu erti

apabila terbitnya mentari di pagi ini
hilanglah sudah hari semalam
hari yang penuh dengan seribu macam peristiwa
wujudlah hari ini
hari yang lebih tua dari semalamnya
mengundang pula
seribu macam peristiwa
yang bakal menjelma
tak guna terharu
apa yang sudah berlaku
tak guna menyesali
apa yang sudah terjadi
kerana apa yang sudah tersurat
telah pun di buat.

p/s: aku hafal sajak ni dari aku sekolah rendah. not sure karya siapa tapi yang penting i loike. thanks to the author for a such beautiful poem :)