Friday, December 28, 2012

Fateh at 11 Month Old

Semalam birthday Fateh ke 11 bulan. Yippie!!! Another 1 month to go to celebrate his first birthday. Tak sabar, tak sabar!! Bak kata ayah Fateh, mama yang terlebih excited ni. hehe. Dah siap plan list dah pun. Semangat punya pasal kan.. Later I will share the plan hokayy. 

Sekarang ni Fateh demam. Last week dah kena flu now demam pulak. Haishh kuman-kuman ni memang nak kena betul. Fateh dah breastfeed dengan jayanya pun still nak datang kacau lagi. You better watch out wahai kuman. Mama Fateh won't let you disturb my boy lama-lama. I will pay a visit to Poliklinik An-Nur tonight. haha. See I told you.. Poliklinik An-Nur is my savior. Tapi saya rasa betul la orang-orang tua cakap. Sometimes baby demam sebab "nak beralih bulan". And saya rasa Fateh demam ni sebab nak pandai jalan kot.. Hooyehh! Come on my little hero!!! I really hope he can walk before his first birthday. Even tak pandai jalan lagi but my husband and me really impress with his development. At 11 months ni antara progress Fateh yang noticeable:-
  • Aah? dadadadada - saya assume dia cakap: apa? betul betul betul.. hehehe
  • Ambil sikat then letak kat rambut
  • Pegang handphone and letak dekat kepala.. hahaha. And dia memang tak boleh tengok saya pegang handphone. Sibuk nak suruh bukak video yang saya record his action. Lepas tu sengih sorang-sorang sampai menitik air liur! Perasan boy.. haha
  • Try to change channel tv guna remote. Siap tala remote kat TV tu. Lepas tu tekan mengarut-ngarut..
  • He is able to understand "Fateh, where is your ball?" or "Fateh, go take that ball". In other word dia dah tahu ball tu apa. hehe
  • Bila jumpa socks, he's trying to put it in.. hihi
  • Pandai nyanyi!!!! but using his dadadada language la
  • Pandai menari jugak. Dengar lagu-lagu rancak, mula la badan terhinjut-hinjut
  • Pandai angkat takbir. Bila kita cakap "Allahuakbar" dia akan cepat-cepat angkat tangan ke telinga then put his hand dekat perut macam kita solat.. bimbo, my boy is genius! gahaha. Seriously cute sangat bila dia buat macam tu.
  • The greatest one is pandai berzikir. "Allah, Allah, Allah." We are super impressed with this one. Adakah ini petanda Fateh seorang anak soleh? Amin amin amin Ya Allah.

Dari segi jalan lak, since 10 months lagi dah pandai berdiri and jalan dengan berpegang kat furniture. Pertumbuhan gigi lak memang meriah. Sekarang ni Fateh dah ada 9 batang gigi. Dah nak masuk 10 batang kot. Saya ada baca somewhere, pertumbuhan gigi ni bergantung kepada pemakanan semasa pregnant. Saya dulu memang makan semua benda and takde morning sickness pulak tu. And saya rajin minum susu and makan pil calcium. So siapa-siapa nak anak cepat tumbuh gigi, makan betul-betul masa preggy.. hehe. Tapi kena tahan la dia mengigit. Luckily Fateh tak mengigit time breastfeed. Just suka gigit bahu, tangan or mana-mana yang sempat lah. Perut and lutut pun pernah! Yang lagi malang, only mama yang jadi mangsa. Ayah tak kena pun..sobss.. Untuk sedapkan hati, saya rasa itu cara Fateh express his love. Fateh sayang mama more than ayah ya? Sebab tu gigit mama je. Love bite gitu.. wakakaka

Moment sekarang sangat seronok. Everyday is a very exciting day. Saya and husband excited sangat tengok Fateh pandai macam-macam. Rasa macam tak percaya dia dah sebesar and sebijak sekarang. Fateh, if you read this in future, mama and ayah really really really loves you. You are genius! Tak sia-sia mama buat sudoku sepanjang pregnant dulu. Yeah, I proudly told you, Fateh is a sudoku boy..

Thursday, December 27, 2012

Pregnancy Story

Everything so fast and unplanned.. Tapi rezeki kurniaan Allah maka saya dan suami terima dengan hati terbuka. To be honest, at first saya terduduk gak tengok 2 lines appear kat pregnancy test kit..haha. I was so not prepared to pregnant sebab my job that time was very-very pressure. But Alhamdulillah, Allah is so great. My first and second trimester went well. Saya tak ada any morning sickness. Not even once. Mood swing tu ada sikit-sikit. Just merajuk-merajuk manja with hubby..hehe. Food cravings ada la sikit. Saya tak boleh lihat/baca/dengar pasal makanan. My sister tweet about Maggi Xtra Pedas. Ya Allah, melecur-lecur air liur saya teringin. Balik kerja saya singgah 7E beli 3 bungkus..haha. Then ada one time, one of my friend posted on her FB pasal nasi beriani. Malam tu jugak saya paksa hubby pergi makan beriani.. After I realize that, I avoid any cooking related tv-programme..

Last trimester, the challenge began.. Wah dah macam movie hindustan pulok rase.. haha

Masa ni perut start nampak besar. So baju dah start tak muat. Derita mencari baju nak pergi kerja. Masa checkup 7 month, my gynae which is Doc Noraini Nor informed saya yang baby breech. Tapi don't worry sebab still ada banyak masa untuk baby pusing balik. Saya pun balik rumah happily sambil usap-usap perut. 

The next month pergi check up lagi, baby still breech. Saya dah cuak. Balik rumah saya study pasal breech baby. 3 types of breech:- Frank, Footling, Complete and mine was Frank. Nak tau lebih lanjut sila google sendiri.hehe.. Lepas dah dapat serba sedikit ilmu breech, saya pergi jumpa Doc Noraini sebab ada certain cases boleh dipusingkan. Sekali berita lain pulak dapat. The cord is around baby's neck (CRN).hukhuk.. Berita ni memang mengugat kedamaian hati saya. Saya risau sangat-sangat baby terbelit then lemas dalam perut. So option nak pusingkan baby tu memang gynae reject mentah-mentah. Dia cakap dia tak nak ambik risiko. Bila doktor cakap macam tu, doktor pakar pulak tu, lagi la saya cuakkkkkkkk.. Dia suruh tunggu lagi 2 weeks.. Time ni gak la edema menyerang kaki saya. Kaki saya bengkak macam kena pump. Jalan pun susah. Dengan perut besar, kaki pun besar, memang betul2 macam giant.  Kasut memang tak muat nak pakai dah. Serabai je rasa pergi kerja time tu..

Dua minggu kemudian, saya pergi lagi check up tak ada yang berubah. CRN still on, breech pun sama. So Doc Noraini cakap dia advise to go for elective cesarean. Tanya-tanya pakej ELC kat Az-Zahrah tu minimum 5k and can up until 10k. Gerun aih dengar. Incase anything happen, my insurans tak cover sampai 10k. So saya mintak Doc Noraini buat refer letter to Hospital Serdang. Saya pergi Hospital Serdang sehari suntuk untuk check up. After had a bad experience dekat Hospital Serdang, saya balik rumah and decide nak bersalin kat Az-Zahrah. Saya taknak cerita experience kat Hospital Serdang dekat this beautiful entry. Maybe next time. Tu pun kalau ada yang request review pasal wad bersalin Hospital Serdang.. haha.

So saya dengan tak malunya pergi jumpa Doc Noraini balik. Masa tu Doc Noraini advise suruh decide date. Boleh decide any date lepas cuti CNY means 25 Jan onwards. Kalau ikutkan EDD saya sangat cantik - 120212. Doctor Norini suggest 020212. Tapi sebab saya ni penakut tahap gaban, risau anak lemas dalam perut so saya decide Jumaat paling cepat which is 27 Jan. Takpelah date tak cantik pun asal semua selamat.

Maka lahirlah Fateh Hilmi pada hari Jumaat, 27 January 2012 secara elective cesarean. Nanti saya buat another special entry untuk "Pengalaman Beranak" pulak later.

Monday, December 24, 2012

Flu, Please Go Away

Fateh currently having flu. Kesian sangat tengok dia tak selesa sampai tak boleh tidur malam. Malam first tu jenuh la saya mengoogle petua-petua nak hilangkan selsema untuk baby. Hari kedua terus bawak jumpa paed kat Poliklinik An-Nur Jalan Reko. Consult pungpang-pungpang 15mins, dapat 3 jenis ubat, kena RM150. Mahal kan? Rasanya kalau dgn Doc Nik Rose tak semahal tu kot. Tapi sebab Klinik Doc Nik kat Az-Zahrah tutup malam-malam, tak dapat la ke sana. Dah tak sanggup nak tunggu esok. Pity my boy and pity mama jugak sebab takleh tido lena malam-malam..hiks.. Yang saya suka kat Poliklinik An-Nur tu, pergi je memang boleh terus masuk. Agaknya tak ramai orang sebab mahal kot..huhu. Kalau Az-Zahrah, janggut tumbuh sampai lutut pun belum tentu dapat turn. Environment kat Poliklinik tu pun very baby/children friendly.. Ini the second time we brought Fateh here. First time masa Fateh demam. Time tu baru 4 month kot. Gara-gara mama panik, tak mampu tunggu siang tu yang bawak ke Poliklinik An-Nur.. Banyak jasa Poliklinik ni bila time saya panik..haha.

Dalam 3 ubat flu yang dapat tu, ada satu yang saya nak share kat sini. Ini first time saya tahu kewujudan ubat sedemikian - Illiadin, Decongestant Nasal Drop. Dah namanya nasal drop, we need to spray it into the nose lah. Takkan nak spray kat mata lak kan.. Dia punya effect, dia akan mengeringkan hidung. So mukus-mukus dalam hidung tu akan jadi keras atau dengan kata lain ubat tu menukarkan hingus kepada tahi idong. Maaf kurang sopan disini. Tapi konfem ada yang google pakai words tersebut kan.. So bila sudah keras, easier for mom to clean up baby's nose. Macam Fateh, at 11 month old, acara sedut menyedut mukus menggunakan penyedut no longer a practical approach. Susah betul nak make him baring diam-diam then masukkan penyedut dalam hidung dia tu. Risau takut tercocok over ke dalam. This nasal drop ni memang betul-betul praktikal for me. Recommended to all moms out there. Hidung kering, flu cepat hilang, and tampak lebih bersih gittew..


Friday, December 21, 2012

The Story Behind The Name of Fateh

Panjang ceritanya..

Plan asal saya and husband nak letak nama Faliq Mikhail. Sedapkan nama tu? Faliq Mikhail bin Fithri. Kombinasi sempurna pada pendengaran saya. Ecewah.. Ini lepas ni mesti yang ada ambik nama ni kan? Jangan lupa bayar royalty kat saya tu.haha. Well, memang dalam family, saya merupakan antara insan yang telah banyak kali berjasa dalam memberi ideas for my nephews n nieces' name. Kalau saya bagi konfem sedap punyalah..haha. So bila tiba turn anak sendiri haruslah cari nama yg paling kebabomm kan?

Ok back to the story..

Tapi pilihan kami tidak menepati selera my in laws especially my MIL. Biasala perempuan kan.. Kaum ibu lah yang biasa cerewet bab-bab nama bagai. Tambah lagi Fateh is their first cucu. Memang dorang pun taknak mengalah wa cakap lu. Macam-macam alasan yang my MIL bagi yang ada antara saya rasa nonsense..huhu. At first saya berkeras gak. THIS IS MY SON! Itu yang saya fikir that time. Hati saya keras. So semua suggestions yang diberi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi ada satu suggestion from my abah (FIL) yang saya tak boleh nak hadam sampai sekarang. I don't want to reveal it here but it is so so sooooooo i-don't-know-what-to-put-here. I want to say lame but it is kinda harsh. So forget it.

Until the day I delivered Fateh, I still stick with my decision - Faliq Mikhail. And so my mak (MIL). She disagreed with the name until the end. So stubborn la you mak..hehe. Nak dijadikan cerita, saya bersalin hari Jumaat. My husband pergi solat Jumaat and khutbah hari tu pulak kebetulan pasal Sultan Muhammad Al-Fateh. Balik dari masjid dia suggest nama Muhammad Al-Fateh. I said let me think dulu. Then I minta tolong my BIL tanyakan his Pakngah Harun since Pakngah Harun ada ilmu agama yang tinggi. I will definitely say yes to his suggestion. Bukan senang ulama nak bagi nama kan? Mentua I pun finally akur..haha. Pakngah Harun minta tarikh lahir baby and nama bapa. And he suggests 3 names - Farhan, Fakhri and Hilmi. Choose any one. Lepas tu husband and me fikir-fikir plus suggestion from my sister, we came out with Fateh Hilmi (Pembuka Kelembutan). Combination dari suggestion ayah Fateh and Ustaz Harun Din. Semoga berkat susah payah mama cari nama yang terbaik untuk Fateh Hilmi, Fateh akan jadi a great muslim hero as great as Sultan Muhammad Al-Fateh. Amin..

Introducing The Love of My Life



Thursday, December 20, 2012

Comeback

After a year plus..

I will start blogging about my new life - as a wife and a mother of a cute cheeky boy.

Check it out the update later!