Monday, January 4, 2010

roti kok dan azam baru

disebabkan kebosanan terlampau akibat dari macam-macam masalah dalam melaksanakan task kali ini, aku sekarang sedang menikmati roti keras yang bersalut gula sambil menaip entry ini. according to noddy (ceh ngengada nak ber"according-according" pulak), nama roti ini adalah "roti kok". kesian. namanya tidak sesedap rasanya. berlainan pulak dengan azam tahun baru. semua orang ada azam yang hebat bunyinya tapi hasilnya? sendiri lah jawab. hehehe.

aku tak ada azam lah tahun ini. tak tahu nak berazam apa. bukan apa. kalau setakat nak kecoh-kecoh azam itu, azam ini, tapi usaha nak melaksanakan sekadar ala kadar je, bagi aku baik tak payah ada lah. tapi itu aku la. lain orang lain pesennya kan? sebab biasanya apa yang aku rancang selalu tak menjadi. so, i just go with the flow. tak apalah tak ada azam nak digembar-gemburkan macam orang lain pun. yang penting, harap semuanya lebih baik dari tahun lepas. tapi hari pertama kerja dalam tahun 2010 ni aku dh bosan, mati kutu begini. macam mana nak jadi lebih baik dari tahun lepas ni?? hahaha. mungkin boleh bermula esok?? :P

even aku malas-malas hari ni, tapi tahun 2010 ni bermula dengan baik sekali. pada hari pertama, aku berjaya mendapatkan wedges yang berkenan dihati dengan discount 20% + 10%.. ahahaha.. itu dikira very the great lah sebab aku dah berbulan-bulan bernafsu membuak-buak nak beli wedges baru tapi asyik tergendala je. last beli time raya hari tu. fuh! kagum lah dengan diri sendiri. almost 4 bulan baru beli baru.. hehehe. tahniah untuk saya!!

pada hari kedua, aku dah jumpa pasangan suami-isteri yang dah lama aku nak jumpa tapi kali ni baru ada kesempatan. tak sangka bila aku jumpa mereka aku malu-malu. hahaha.. cover baik punya. kang nanti kena reject siapa yang susah? hehehe. tapi alhamdulillah dapat positive feedback. kalau tak sumpah aku mengamuk kat anak pasangan suami-isteri tu.. hahaha.

ok lah, nak menyambung makan roti kok. lepas tu sambung pening kepala buat kerja. memang sedap lah roti kok ni. tambah-tambah lagi bila makan orang lain punya. memang bertambah sedap.. selamat tahun baru semua. jangan malas-malas nak melaksanakan azam anda yang indah-indah itu ya! :)

bai!

8 comments:

  1. farah,ko jmpe bkl mak mertua ke?

    ReplyDelete
  2. weee.. malu lah nak cite sini. hahaha

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. haha aku da tau smlm lg iylia. jgn jeles! ekekeke. padahal aku paksa farahah mentipon aku.

    weh betol la name die roti kok. aku penah beli sekali je kt kedai sampan tu. haha. kesian name die cemtu.

    weh weh. apsal xdok azam. tgk azam aku. senang2 je sume. sbb azam nk gi berhibur. haha. plg susah pon azam memasak la. skrg aku da rajen turun dapo. wknd je la. sumorg naik heran. gahahahha.

    p/s: aku delete yg atas tu sbb tersalah ejaan. aku benci ejaan salah hahaha

    ReplyDelete
  5. kalau nak pegi berhibur tu tak termasuk as azam aku. tu perkara wajib aku..hahahaa

    ReplyDelete
  6. wah, ko bakal mengikut jejak langkah mereka yang lain dah yea..pas huda, mungkin turn ko plak kan..hehehe ^_^

    p/s: weh, lawa sey header baru ko..masyuk wa cakap lu..tp aku musykil, adakah wanita separuh bogel itu kamu? WOW~ :p

    ReplyDelete
  7. ahahaha. aku tgh buat layout baru ni. semua kelam kabut. tu aku la. cun kan? gahahaha. pakai baju ler.tgk betul2 ada renda2 kat bawah tu..ehehe

    rasanya lambat lagi kot.mesti berderet-deret orang lain lagi lepas huda then baru tiba turn aku.acara jumpa2 tu biase la nak berkenalan-kenalan..hehehe

    ReplyDelete
  8. layout baru cun melecun! model dia aku kan?

    -nAtRa-

    ReplyDelete