Wednesday, January 20, 2010

i wish i can speak mandarin

"nimen hao ma."

oh! i just realize i actually can speak mandarin.. BAHAHA. setakat ayat itu, everyone also can speak laa.. tapi tak apa, after April nanti maybe i can speak mandarin dah. jangan jeles ye? kehkehkeh. sebabnya, aku masuk kelas bahasa mandarin atau dalam sebutan mandarinnya ialah "Huayu".. eceh! :P

i'm looking forward for the next class sebab aku sangat enjoy belajar mandarin. besides, the "laosi" jugak sangat kacak. kamu faham laosi itu ape? itu cikgu laa.. ish senang macam tu pun tak tahu ker? hahahaha. tapi sedikit nervous sebab nanti ada oral test and final exam too! ok mulai hari ni, siapa-siapa yang nak cakap dengan aku kena cakap cina je. lain-lain bahasa aku tak layan. bak kata pepatah orang putih, practice make perfect.. hahaha.

wish me luck!



Monday, January 4, 2010

roti kok dan azam baru

disebabkan kebosanan terlampau akibat dari macam-macam masalah dalam melaksanakan task kali ini, aku sekarang sedang menikmati roti keras yang bersalut gula sambil menaip entry ini. according to noddy (ceh ngengada nak ber"according-according" pulak), nama roti ini adalah "roti kok". kesian. namanya tidak sesedap rasanya. berlainan pulak dengan azam tahun baru. semua orang ada azam yang hebat bunyinya tapi hasilnya? sendiri lah jawab. hehehe.

aku tak ada azam lah tahun ini. tak tahu nak berazam apa. bukan apa. kalau setakat nak kecoh-kecoh azam itu, azam ini, tapi usaha nak melaksanakan sekadar ala kadar je, bagi aku baik tak payah ada lah. tapi itu aku la. lain orang lain pesennya kan? sebab biasanya apa yang aku rancang selalu tak menjadi. so, i just go with the flow. tak apalah tak ada azam nak digembar-gemburkan macam orang lain pun. yang penting, harap semuanya lebih baik dari tahun lepas. tapi hari pertama kerja dalam tahun 2010 ni aku dh bosan, mati kutu begini. macam mana nak jadi lebih baik dari tahun lepas ni?? hahaha. mungkin boleh bermula esok?? :P

even aku malas-malas hari ni, tapi tahun 2010 ni bermula dengan baik sekali. pada hari pertama, aku berjaya mendapatkan wedges yang berkenan dihati dengan discount 20% + 10%.. ahahaha.. itu dikira very the great lah sebab aku dah berbulan-bulan bernafsu membuak-buak nak beli wedges baru tapi asyik tergendala je. last beli time raya hari tu. fuh! kagum lah dengan diri sendiri. almost 4 bulan baru beli baru.. hehehe. tahniah untuk saya!!

pada hari kedua, aku dah jumpa pasangan suami-isteri yang dah lama aku nak jumpa tapi kali ni baru ada kesempatan. tak sangka bila aku jumpa mereka aku malu-malu. hahaha.. cover baik punya. kang nanti kena reject siapa yang susah? hehehe. tapi alhamdulillah dapat positive feedback. kalau tak sumpah aku mengamuk kat anak pasangan suami-isteri tu.. hahaha.

ok lah, nak menyambung makan roti kok. lepas tu sambung pening kepala buat kerja. memang sedap lah roti kok ni. tambah-tambah lagi bila makan orang lain punya. memang bertambah sedap.. selamat tahun baru semua. jangan malas-malas nak melaksanakan azam anda yang indah-indah itu ya! :)

bai!