Wednesday, July 10, 2013

Ultraman Mama

Sekarang Fateh pantang nampak mama dengan ayah bersiap-siap nak pergi kerja mesti sibuk nak suruh pakaikan gel rambut.
Aih kecik-kecik dah pandai nak menghensem.. hihi
Ayah la yang mengajar ni.
Lepas pakai gel rambut mesti Fateh cepat-cepat pergi depan cermin.
Tengok cermin lama-lama. Perasan sungguh anak mama ni.. hahaha.
Pic bawah ni pun mama kena ambik pakai front camera sebab Fateh nak tengok muka Fateh dekat dalam handphone masa snap pic tu.. 
Mesti Fateh rasa handsome sangat kan rambut pacak-pacak camni.. hihihi
Comel ultraman mama ni..

Monday, June 24, 2013

Fateh dan Kulat


 Kulat, patung giraffe peneman tidur mama hampir 14 tahun.
Sekarang dah jadi hak mutlak Fateh.. hehe
Kulat mama dapat hadiah dari Cik Ta masa mama sekolah dekat MRSM Gerik.
Form 1 dah duduk jauh from family, so Kulat pengubat rindu.. hihihi
Mama pun never expect that Kulat will be sooo long with Mama.
If Mama sleep without Kulat besides me, it's feel so empty... Until Ayah replace Kulat's place.
Dah tak empty.. hikhik

Even before Mama getting married, Mama always know that Kulat will be my baby's favorite toy.
 Mana taknye bau bucuk bacin Mama dah melekat dekat Kulat.
Fateh mesti rasa sangat selesa dengan Kulat sebab ada bau Mama. tehehe
  Fateh sayang sangat dekat Kulat.
Ada satu hari Mama buat-buat nak langgar Kulat dengan bas mainan.
Lepas tu Mama cakap, "Kesian Kulat kena langgar."
Fateh cepat-cepat pergi ambil Kulat then peluk and bawak lari jauh-jauh.
Sayangnye Fateh kat Kulat.. hehehe

Sekarang ni dah ada game baru dengan Kulat. 
Fateh menunggang Kulat.. hahaha.
Fateh, Fateh...
Creative anak Mama ni.. Mana belajar ntah..
Semoga Kulat akan terus disayangi oleh anak (-anak) Mama.
Kulat, the luckiest giraffe on earth.. hehe

p/s: If you wonder where Kulat got his name, its come from the "horn". They look like pokok kulat kan? haha

Monday, June 10, 2013

Buah Hati Pengarang Jantung

 Fateh - Satu tahun 4 bulan, 14 hari
Semalam mama and ayah discover Fateh pandai bagi salam lepas abis solat. Tergeleng-geleng.
Lawaknye hai.. hehe
Bijak anak mama.
Dah pandai solat. Nanti rajin-rajin solat ye :) 

Monday, May 27, 2013

16 months

16 months..
and counting.. hehe
MAMA SAYANG FATEH BANYAK BANYAK BANYAKKKKKKKK

Pagi tadi tak sempat snap pic.
Balik kerja nanti mama snap.
Rindunya kat Fateh, cheeky boy mama...

Thursday, May 23, 2013

Alhamdulillah

Finally mama Fateh ini dah converted to permanent post.
Setelah berjuang selama setahun bergaduh dengan HR bagai.. hahaha
Tapi dalam hati ada ura-ura mahu melarikan diri jugak sebenarnya.
Dasar manusia memang sentiasa tak puas hati kan..huhuhu
Tapi kalau melarikan diri, memang harga rumah penyumbang utama sebab terlalu tak masuk akal.
Ape pun so far this job is okay. Much much better than masa Fateh dalam perut dulu.
I've made a good decision. 
Thank you Allah.

Friday, May 3, 2013

Bubur Barli

Mama request to work from home for yesterday and today.
Approved yo! hehehe
So sambil-sambil buat kerja, mama masak something untuk si comel mama ni.
BUBUR BARLI!
Fateh suka sangat.. hehehe. 
And malam tadi badan Fateh tak panas sangat. Tak tau la sebab makan barli ke bukan. Tapi orang kata makan barli memang menyejukkan badan. Sebab tu mama semangat buat.
Cekidout the recipe.


Bahan-bahan:
Barli
Santan
Gula
Garam

Cara-cara:
1. Rebus barli sehingga masak dah pecah
2. Masukkan santan
3. Gula secukup rasa
4. Secubit garam untuk menambahkan rasa lemak
SIAP!

Senang oohh :)