Monday, May 27, 2013

16 months

16 months..
and counting.. hehe
MAMA SAYANG FATEH BANYAK BANYAK BANYAKKKKKKKK

Pagi tadi tak sempat snap pic.
Balik kerja nanti mama snap.
Rindunya kat Fateh, cheeky boy mama...

Thursday, May 23, 2013

Alhamdulillah

Finally mama Fateh ini dah converted to permanent post.
Setelah berjuang selama setahun bergaduh dengan HR bagai.. hahaha
Tapi dalam hati ada ura-ura mahu melarikan diri jugak sebenarnya.
Dasar manusia memang sentiasa tak puas hati kan..huhuhu
Tapi kalau melarikan diri, memang harga rumah penyumbang utama sebab terlalu tak masuk akal.
Ape pun so far this job is okay. Much much better than masa Fateh dalam perut dulu.
I've made a good decision. 
Thank you Allah.

Friday, May 3, 2013

Bubur Barli

Mama request to work from home for yesterday and today.
Approved yo! hehehe
So sambil-sambil buat kerja, mama masak something untuk si comel mama ni.
BUBUR BARLI!
Fateh suka sangat.. hehehe. 
And malam tadi badan Fateh tak panas sangat. Tak tau la sebab makan barli ke bukan. Tapi orang kata makan barli memang menyejukkan badan. Sebab tu mama semangat buat.
Cekidout the recipe.


Bahan-bahan:
Barli
Santan
Gula
Garam

Cara-cara:
1. Rebus barli sehingga masak dah pecah
2. Masukkan santan
3. Gula secukup rasa
4. Secubit garam untuk menambahkan rasa lemak
SIAP!

Senang oohh :)