Monday, March 22, 2010

No sweat!

sweet dan sweat. 2 perkataan yang cuma berbeza 1 abjad je namun dari segi meaning, besar perbezaannya ye kawan-kawan. sweet itu maksudnya manis, comel lote dan kiut-miut. sweat pula maksudnya peluh, busuk masam, tak comel dan pastinya tidak kiut juga.

urgh! memang sungguh tidak kiut lah kalau berpeluh especially kalau bukan time yang bersesuaian, contohnya ketika sedang berlakon filem romantik bersama Edward Cullen.. okay, itu contoh yang merepek. contoh yang paling bagus untuk ditonjolkan disini ialah macam masalah yang dihidapi oleh saya sendiri. saya biasanya akan berpeluh ketika menghadiri interview! sangat tak rela okay. tapi nak buat macam mana??? definisi peluh bagi saya ialah salah satu makhluk yang tak faham bahasa. orang cakap jangan keluar, jangan keluar nak keluar juga. haih! jatuh saham tau kalau tetibe interviewer tu ternampak baju basah kat celah-celah ketiak tu.. ish-ish-ish.. alih-alih kerja tak dapat, saham pun jatuh.. maka saya hilang keyakinan diri untuk pergi interview mahupun berlakon bersama Edward Cullen.. T__________T

tapi itu dulu. now, i don't think sweating is a problem anymore! anda tahu kenapa? ok pejam mata, satu, dua, tiga...





JENG JENG JENG!!
ADIDAS ACTION 3

wah, inilah produk yang akan mengubah masa depan saya, anda, anda dan anda juga! lihat saja packagingnya, begitu anggun sekali. pasti pemakainya juga akan menjadi anggun jua. disebabkan keanggunan dan kemujarabannya jugalah produk ini telah menjadi salah satu sponsor untuk Project Alpha Season 2. wow kelas gitu.. saya difahamkan bila kita memakai Adidas Action 3 ini, akan terasa lebih nyaman dan peluh akan takut-takut untuk keluar. ini kerana produk ini ialah anti perspirant, anti transpirant, anti odour, anti bla bla bla.. heh semua yang tak baik semua dianti oleh beliau lah. bagus betul la adidas ni. nampak gayanya harus mencuba Adidas Action 3 dengan segera. kamu semua pun sama la, harus mencuba tau. selamat mencuba semua!!!




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions.


Sunday, March 21, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

ok untuk makluman semua saya telah mengalami pening-pening lalat selama 3 hari. iye 3 hari! kenikmatan cuti hujung minggu telah ditarik oleh sakit pelik ini, tapi saya teguh untuk menulis entry ini kerana saya mahu menyertai Gatsby Deodarant Street Fair (GDSF). maka dalam kepeningan saya ini, saya ingin menyeru semua readers, ayuh-ayuh kita semua ke GDSF ini. tak kira sama ada ketiak anda berbau busuk atau wangi, anda semua layak menyertai fair yang gah ini. iya GAH ya, saya tak bergurau sedikit pun.. anda pasti takkan menyesal. ok dah rasa keterujaannya sekarang? berkobar-kobar dan juga berdebar-debar? now cekidaut this info:

Tarikh : 17 April 2010
Waktu: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Berjaya Times Square, KL.

bold lagi tu engkau. itu tandanya sangat-sangat penting. apa lagi yang anda mahu saya terangkan tentang info diatas just call me at 01234444. ok saya tipu no phone tu bukan saya punye. you all can email me lah. ceh tetiba mengada nak suruh anta email.. hahaha. apa pun, banyak aktiviti menarik sepanjang fair tersebut. kalau anda tak pergi anda yang rugi sepanjang hayat. saya difahamkan bahawa game teramat paling menarik pada hari tersebut ialah SUMO WRESTLING! wah sumo! ini sangat bersesuaian dengan saya. siapa-siapa nak tengok saya bersumo in air bag suits sila hadir. anda pasti akan ingat peristiwa ini sampai mati.. hahaha. selain itu ada juga game-game lain dan juga hadiah-hadiah yang cantik menarik tertarik dan kau memang keboom gitu! kitakan tahu nuffnang and gatsby ini memang pemurah dengan hadiah-hadiah kebabom..hehehe

ah ah kepala saya berputar-putar sekarang! harus stop disini. untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang ini www.gatsby.com.my/streetfair. ingat, tidak semestinya orang yang berketiak wangi sahaja boleh hadir.. jumpa disana, sanaaa, sanaaaa (bergema-gema seperti didalam guaaaa)

bye!

Wednesday, March 10, 2010

hakuna matata means no worries

woih lamanya tak update blog!

actually saya membawa diri. merajuk sebab tak dapat kahwin tahun ni.. hahaha.. buang tebiat ke apa ni? ramai kawan-kawan kahwin tahun ni. so happy for them. tapi maaf ye semua yang menjemput and saya tak dapat pergi. bukan sengaja tak nak pergi tapi banyak sangat kekangan especially kerja. kerja oh kerja kenapalah ko tak pernah habis?? lagipun kenduri tu semua jauh sangat ler. sorang utara, sorang selatan, timur , barat, tenggara, timur laut.. aduh.. maaf la ye para penjemput sekelian.. huhuhu..

saya rasa saya nak kahwin tahun depan la. encik boyfriend, sila buat saving 2ribu sebulan untuk melaksanakan impian itu! tak makan and minum pun tak apa janji dapat saving 2ribu sebulan. hahaha. kejam gila ah. nanti saya kahwin mesti kawan-kawan yang saya tak pergi kenduri dorang tahun ni tak datang kan?? oo balas dendam ye.. tak baik tau berdendam.. kekekeke. takpe lah kalau tak datang pun. saya faham yang anda ada kekangan tersendiri. tapi jangan lupa pos hadiah besar-besar kat saya ye. tv lcd 42" ke, washing machine 10kg ke, peti ais berpintu macam almari tu ke... or paling koman pun boleh bagi pakej honeymoon ke bali or phuket pun ok la.. hahaha.

tu cerita kalau saya kahwin tahun depan. kalau saya tak kahwin tahun depan, saya akan kahwin taun depan yang satu lagi dan begitulah seterusnya.. makcik-makcik dan pakcik-pakcik jangan la risaukan saya ok? saya tahu anda sibuk-sibuk bertanya sebab anda sayangkan saya.. hehehe. hakuna matata to all!

bye!